Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DPM Wong hargai usaha pemimpin awal S’pura bina kerjasama simbiotik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong hargai usaha pemimpin awal S’pura bina kerjasama simbiotik

May 01, 2024 | 07:17 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, memberi penghormatan kepada pemimpin awal Singapura yang telah membina asas kerjasama simbiotik antara Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dalam satu hantaran di laman media sosial beliau sempena Hari Pekerja pada 1 Mei.

Dalam hantaran di media sosial itu, Encik Wong berkata kerjasama tiga pihak antara kesatuan, majikan dengan pemerintah merupakan satu faktor kejayaan penting untuk memastikan semua rakyat meraih manfaat daripada kemajuan negara.

Simbiotik merujuk kepada hubungan erat yang saling bergantung pada satu sama lain demi faedah dan kebaikan bersama.

Encik Wong yang bakal menggantikan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebagai pemimpin negara ini pada 15 Mei, merupakan antara tamu yang hadir di Rapat Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands pada 1 Mei.

“Nenek moyang kita telah meletakkan asas kerjasama simbiotik antara PAP dengan NTUC Singapura. Di bawah kepimpinan PM Lee Hsien Loong, kerjasama ini telah berkembang dan diperkukuh selama ini.

“Saya dan pasukan saya akan terus memperkukuh kerjasama ini, dan melengkapkan serta memperkasa setiap warga Singapura – supaya semua orang boleh mengejar impian mereka dan merealisasikan potensi penuh mereka. Mari kita terus bekerjasama!” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >