Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

PM Lee: S’pura bina asas kukuh, perluas kerjasama dengan Indonesia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S’pura bina asas kukuh, perluas kerjasama dengan Indonesia

Apr 29, 2024 | 01:59 PM



Singapura komited untuk melihat ke hadapan dan terus membina asas kukuh serta memperluas kerjasama dengan Indonesia sedang tampuk pimpinan baru menerajui kedua-dua negara, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Berucap dalam sidang media bersama di Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia yang diadakan di Istana Presiden di Bogor, Indonesia, pada 29 April, Encik Lee berkata walaupun rahat itu adalah satu acara yang sesuai untuk merenung dan meraikan pencapaian dua negara itu bersama, “ia juga adalah mengenai kesinambungan dan melihat ke hadapan”.

Rahat pemimpin antara Encik Lee dengan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, tahun ini adalah istimewa kerana ia merupakan rahat yang ketujuh dan terakhir sebelum kedua pemimpin mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada peralihan tampuk pimpinan di negara masing-masing.

Encik Lee akan mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri Singapura apabila timbalannya, Encik Lawrence Wong, ambil alih daripada beliau pada 15 Mei. Encik Jokowi pada Oktober ini pula akan menyerahkan kuasa kepada Encik Prabowo Subianto yang diisytiharkan sebagai Presiden Indonesia yang terpilih.

Encik Lee berkata, rahat tahun ini menyaksikan pertemuan lapan mata dengan kehadiran Encik Wong dan Encik Prabowo, berbanding pertemuan empat mata biasa antara beliau dan Encik Jokowi.

“Daripada kepimpinan sekarang hingga seterusnya, kami komited untuk melihat ke hadapan, terus bina asas kukuh dan memperluas kerjasama. Saya gembira kerana Presiden Jokowi dan saya menyerahkan hubungan dua hala dalam keadaan baik kepada pengganti kita.

“Saya yakin bahawa Pak Prabowo dan DPM Lawrence akan terus membawa hubungan ini ke tahap yang lebih tinggi. Semoga hubungan Singapura-Indonesia terus berkembang maju, jauh ke masa hadapan, atau seperti anda katakan, maju jaya,” kata Encik Lee.

Semasa pertemuan mereka itu, kededua pemimpin meneliti kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dua hala Singapura dan Indonesia sepanjang tempoh perkhidmatan mereka selaku pemimpin negara.

Mereka juga amati kemajuan yang telah dibuat dalam bidang seperti pertahanan, ekonomi digital dan kemampanan.

Dalam hubungan ekonomi, Encik Lee berkata pelaburan dari Singapura ke Indonesia terus meningkat, secara kumulatif melebihi $74 bilion.

Singapura dan Indonesia juga terus meneroka dan perdalam kerjasama dalam bidang baru seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau.

Satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bekerjasama dalam kegiatan pemerkasaan masyarakat berkaitan ekosistem bakau di Indonesia ditandatangani Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, dengan Menteri Penyelaras bagi Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Encik Luhut Pandjaitan, di rahat itu.

Di bawah MOU tersebut, pemerintah kedua-dua negara akan membentuk rangka kerja dua hala bagi mempermudah penyertaan badan bukan pemerintah (NGO) dan pihak berkepentingan untuk menggalak penggunaan mampan sumber bakau dalam masyarakat setempat, bermula dengan usaha perintis di Pulau Setokok di Batam.

Dalam satu catatan Facebook pada 29 April, Encik Wong berkata 2024 merupakan tahun peralihan kepimpinan bagi Indonesia dan Singapura, dan rahat pemimpin itu satu peluang unik bagi Encik Lee dan Encik Jokowi bertemu satu sama lain bersama dengan bakal pengganti mereka - merujuk kepada diri beliau dan Encik Prabowo.

“Kami mengesahkan hubungan dua hala yang amat baik dan senarai perkara yang panjang dan substantif dalam agenda kami bagi kerjasama (meliputi bidang seperti ekonomi, pertahanan, digital, tenaga boleh diperbaharui, jaminan makanan, modal insan dan sebagainya).

“Saya ucapkan terima kasih kepada Presiden Jokowi atas kepimpinan beliau dan layanan mesra hari ini. Saya berharap dapat bekerjasama dengan bakal Presiden, Encik Prabowo, untuk terus bina hubungan kukuh, dan membawa kerjasama kami ke tahap lebih tinggi,” kata beliau.

Dalam wawancara media di akhir rahat pemimpin itu, Encik Lee berkata Singapura dan Indonesia telah mengekalkan hubungan kukuh sepanjang dua dekad lalu, di mana mereka telah menyelesaikan masalah, bergerak ke hadapan dalam kerjasama dan menjalankan projek khusus yang membuahkan hasil.

Hubungan baik antara Singapura dengan Indonesia dalam Asean juga membolehkan negara-negara Asia Tenggara memainkan peranan bekerjasama, dan juga menjadi hab bagi kerjasama serantau lebih luas.

“Saya amat berharap dan saya yakin bahawa ini akan berterusan dengan Perdana Menteri Singapura dan Presiden Indonesia yang seterusnya,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >