Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Detik bersejarah rahat pemimpin terakhir PM Lee, Presiden Jokowi di Bogor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Detik bersejarah rahat pemimpin terakhir PM Lee, Presiden Jokowi di Bogor

Apr 28, 2024 | 08:47 PM



Detik bersejarah bakal dicatatkan antara Singapura dengan Indonesia pada 29 April, dengan pemimpin dua negara itu – Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo – dijadual bertemu dalam Rahat Pemimpin di Bogor, Indonesia.

Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia itu merupakan yang ketujuh dan terakhir antara Encik Lee dengan Encik Jokowi sebelum mereka mengundurkan diri bagi memberi laluan kepada peralihan tampuk pimpinan di negara masing-masing.

Encik Lee akan mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri Singapura apabila timbalannya, Encik Lawrence Wong, mengambil alih daripada beliau pada 15 Mei.

Sementara itu, Encik Jokowi akan menyerahkan kuasa kepada Encik Prabowo Subianto – dijadualkan pada Oktober – setelah Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) Indonesia secara rasmi mengisytiharkan Encik Prabowo sebagai Presiden Indonesia yang terpilih pada 24 April.

Semasa pertemuan mereka di Bogor itu, Encik Lee dan Encik Jokowi akan meneliti kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dua hala Singapura dan Indonesia sepanjang tempoh perkhidmatan mereka, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan pada 26 April.

Ini termasuk penguatkuasaan tiga perjanjian penting antara Singapura dengan Indonesia pada 21 Mac – satu detik penting bagi hubungan dua hala – yang berkaitan dengan pengurusan ruang udara, kerjasama pertahanan dan ekstradisi.

Tiga perjanjian di bawah Rangka Kerja Diperluaskan itu merangkumi Perjanjian 2022 mengenai Penjajaran Semula Sempadan antara Wilayah Maklumat Penerbangan (FIR) Jakarta dengan Singapura; Perjanjian 2022 bagi Ekstradisi Pelarian; dan Perjanjian Kerjasama Pertahanan 2007.

Selain itu, mereka akan mengamati kemajuan yang dibuat dalam pelbagai bidang lain seperti pertahanan, ekonomi digital dan kemampanan.

Rahat Pemimpin Singapura-Indonesia – platform dua hala di peringkat tertinggi – yang pertama antara Encik Lee dengan Encik Jokowi telah diadakan di Semarang, Indonesia pada November 2016.

Di bawah kepimpinan mereka, Singapura dan Indonesia telah mencapai kemajuan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, termasuk pertahanan, perdagangan dan pelaburan, kerjasama kewangan dan penjagaan kesihatan.

Singapura merupakan pelabur asing terbesar Indonesia sejak 2014.

Pada 2023, Singapura mencatatkan pelaburan langsung asing sebanyak AS$15.4 bilion ($21 bilion) ke Indonesia, dan perdagangan dua hala pula mencapai AS$69 bilion.

Kedua-dua negara itu juga antara sumber kedatangan pelancong tertinggi antara satu sama lain.

Singapura mengalu-alukan 2.3 juta pelancong Indonesia pada 2023, manakala Indonesia melihat 1.4 juta pelancong dari Singapura datang ke negara mereka pada tahun itu.

Lawatan Encik Lee ke Bogor itu turut disertai Encik Wong yang juga merangkap Menteri Kewangan; Menteri Kanan yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean; Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Heng; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung; dan Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >