Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Impian ‘treble’ City jadi mimpi buruk

Pasukan Guardiola disingkir daripada Liga Juara-Juara oleh Real Madrid melalui tendangan penalti
Apr 18, 2024 | 02:11 PM



MANCHESTER: Real Madrid menyingkir Manchester City daripada kejuaraan Liga Juara-Juara menerusi sepakan penalti untuk mara ke separuh akhir pertandingan berprestij itu.


Ini selepas perlawanan mereka berakhir 4-4 dari segi agregat pada 18 April.

Pemain pertahanan, Antonio Rudiger, menjaringkan sepakan penalti penentu yang memastikan Real menewaskan City 4-3, sekali gus menghancurkan impian City menjulang tiga mahkota musim ini.

City, yang pernah menderita dalam Liga Juara-Juara sebelum ini, pasti berasa kecewa dengan cara mereka tersingkir kali ini apabila hanya mampu seri 1-1 selepas 90 minit.

Mereka juga seri 3-3 pada perlawanan pertama suku akhir di stadium Estadio Santiago Bernabeu pada 10 April.

Tugas segera bagi pengurus City, Pep Guardiola sekarang ialah memastikan keletihan dan kekecewaan di padang tidak menjejas fokus mereka seterusnya, iaitu menjuarai Liga Perdana dan Piala FA.

Anak buahnya akan menentang Chelsea di Wembley pada 21 April dalam separuh akhir Piala FA.

City membelasah Real 4-0 di padang sendiri dalam separuh akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Dalam perlawanan itu, City membuat 16 percubaan berbanding tujuh percubaan Real.

Dalam perlawanan terbaru, City membuat 33 percubaan berbanding lapan oleh Real tetapi masih kecundang.

City bahkan mempunyai kelebihan awal semasa sepakan penalti apabila penjaga gol, Ederson, menyelamatkan percubaan pemain tengah Real, Luka Modric.

Namun, kelab England itu tidak dapat memanfaatkan kelebihan itu kerana penjaga gol Real, Andriy Lunin, menyelamatkan sepakan pemain tengah Bernardo Silva, yang menendang bola terus ke arah Lunin.

Sepakan penalti City seterusnya oleh Mateo Kovacivc juga gagal melepasi Lunin.

Namun, tidak adil untuk mengkritik persembahan City yang luar biasa dalam perlawanan itu.

Juara Liga Perdana England itu membedil benteng Real dengan serangan berterusan dalam separuh masa kedua, yang akhirnya menghasilkan gol oleh pemain bintang, Kevin De Bruyne, pada minit ke-76 bagi menyamakan kedudukan 1-1 setelah pemain sayap Rodrygo meletak Real di depan.

City wajar kecewa kerana tidak dapat menjaringkan lebih banyak gol apabila wisel penamat ditiup. Guardiola mengucapkan terima kasih kepada pemainnya atas usaha mereka, tetapi mengakui beliau harus menunggu untuk meneliti keadaan mereka selepas persembahan yang melelahkan itu.

Pemain City menunjukkan daya tahan dan ketabahan sebelum ini, tetapi mereka akan mendapati cara mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara sukar ditelan, lebih-lebih lagi setelah mereka memenangi pertandingan itu buat kali pertama dengan menewaskan Inter Milan 1-0 di Istanbul musim lalu.

Guardiola mengakui beliau mengalami tekanan mental dan fizikal yang berat selepas De Bruyne dan penyerang Erling Haaland memberitahunya mereka tidak dapat meneruskan perlawanan.

Haaland digantikan oleh Julian Alvarez pada hujung perlawanan, manakala De Bruyne dikeluarkan semasa waktu tambahan.

Haaland mengalami satu lagi perlawanan sukar, dikawal oleh benteng Real sepanjang perlawanan, kecuali pada awal perlawanan apabila tandukannya terkena tiang.

Pengalaman sepanjang malam itu amat berbeza bagi bintang Real dan England, Jude Bellingham.

Pemain berusia 20 tahun itu dua kali menunjukkan dengan tepat mengapa beliau dijangka menjadi bakat hebat, walaupun tidak menunjukkan persembahan pada tahap terbaiknya.

Bellingham menunjukkan teknik hebat untuk mengawal hantaran daripada bek kanan, Dani Carjaval. Ini membolehkannya membuat hantaran kepada Federico Valverde, yang kemudian membuat hantaran ke pemain sayap, Vicnicius Junior.

Pemain sayap Brazil itu kemudian membuat hantaran silang ke rakan senegaranya, Rodrygo, yang menjaringkan gol dari jarak dekat. Ia semua bermula daripada teknik Bellingham mengawal hantaran bola.

Bellingham turut menunjukkan ketenangan di dalam kotak penalti dan diejek penyokong City sebelum menjaringkan penalti kedua Real.

Real akan menentang Bayern Munich pada separuh akhir Liga Juara-Juara, dan berharap akan menang pertandingan itu buat kali ke-15, yang juga bakal menjadi kali kelima pengurusnya, Carlo Ancelotti, menjuarai kejohanan itu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >