Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

S’pura labur lebih $1b bagi pembangunan AI, rangkaian jalur lebar ditingkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S’pura labur lebih $1b bagi pembangunan AI, rangkaian jalur lebar ditingkat

Feb 16, 2024 | 06:38 PM



Singapura akan melabur lebih $1 bilion bagi pembangunan kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ia bagi mengembangkan bakat AI, membangunkan industri dan mendapatkan akses selamat kepada cip termaju yang menyokong penggunaan AI yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.

Encik Wong berkata AI adalah kunci untuk memacu pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Al bukan hanya sekadar ChatGPT atau model bahasa besar, ia adalah teknologi tujuan umum antaranya seperti elektrik, komputer dan Internet.

“Ia berpotensi untuk mengubah pelbagai industri, dan meningkatkan produktiviti merentas banyak proses sedia ada, daripada penemuan ubat-ubatan, kepada menguruskan gudang dan memandu kenderaan,” kata Encik Wong.

Encik Wong turut mengumumkan bahawa rangkaian jalur lebar Singapura akan dinaik taraf kepada kelajuan sehingga 10Gbps (gigabit per saat) menjelang 2030 untuk memudahkan pertumbuhan intensif rangkaian AI dan teknologi lain.

“Ini adalah 10 kali lebih pantas daripada kelajuan jalur lebar di kebanyakan rumah hari ini.

“Ini juga memastikan bahawa prasarana ketersambungan kita akan dapat menyokong teknologi seperti AI dan media mendalam apabila ia menjadi lebih meluas pada masa hadapan,” ujar Encik Wong.

Beliau menambah, Singapura akan bekerjasama dengan syarikat terkemuka di seluruh dunia untuk menubuhkan pangkalan di sini, menggalakkan kerjasama dan inovasi merentasi seluruh ekonomi.

Langkah itu dibuat selepas Singapura mengumumkan Strategi AI Nasional (NAIS) 2.0 yang telah dipertingkatkan pada Disember 2023.

Pada ketika itu, Encik Wong berkata pendekatan baru itu menyasarkan untuk meningkatkan tiga kali ganda bilangan pengamal AI di Singapura kepada 15,000 dengan melatih warga tempatan dan mengambil pekerja dari luar negara, serta menyokong sektor AI dengan prasarana dan penyelidikan terkemuka dunia.


Beliau menyatakan AI telah menjadi subjek penting yang mesti diketahui orang ramai dan bukan lagi sesuatu yang baik untuk dimiliki jika Singapura ingin kekal berdaya saing di peringkat sejagat.


Semasa ucapannya, Encik Wong juga mengumumkan bahawa Singapura akan memperkenalkan skim kredit cukai baru yang bertujuan menyokong kegiatan ekonomi bernilai tinggi dan substantif untuk menarik pelaburan bermutu.

Dinamakan skim Kredit Pelaburan yang Boleh Dikembalikan (RIC), ia merangkumi ciri tunai boleh dibayar balik dan akan diberikan Lembaga Pembangunan Ekonomi (EDB) dan Enterprise Singapore (EnterpriseSG), dan berdasarkan perbelanjaan layak yang ditanggung firma.

Kategori perbelanjaan yang layak antaranya termasuk kos tenaga kerja, bayaran profesional, kos pengangkutan dan logistik, serta perbelanjaan modal.


Syarikat boleh mendapat sehingga 50 peratus sokongan bagi setiap kategori perbelanjaan yang layak.


Dalam ucapannya, beliau turut berkata pertumbuhan ekonomi terikat kepada taraf hidup rakyat Singapura, yang juga terkait dengan keupayaan negara ini untuk menarik pelaburan bermutu dan bernilai tinggi yang mewujudkan pekerjaan baik buat penduduk setempat.

“Saya ingin menjelaskan, kita tidak mengejar pertumbuhan tanpa mengira kos. Terdapat had bagi kita untuk berkembang kerana kekangan lebih ketat yang kita hadapi dalam ketersediaan tanah, tenaga kerja dan karbon.

“Tetapi dengan memberi tumpuan kepada produktiviti dan inovasi, kita boleh meluaskan sempadan dan berkembang pada purata kira-kira 2 hingga 3 peratus setiap tahun dalam dekad akan datang,” kata Encik Wong.

Beliau berkata pemerintah juga akan menambah Dana Produktiviti Nasional sebanyak $2 bilion pada 2024 dan melabur tambahan $3 bilion dalam rancangan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025.

Untuk mengukuhkan daya saing Singapura pula, Encik Wong berkata beliau juga akan menambah Dana Pembangunan Sektor Kewangan sebanyak $2 bilion untuk memberi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) lebih banyak sumber untuk menerajui sektor perkhidmatan kewangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >