Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Pesta Warisan S’pura 2024: Khidmat bas khas bawa pelawat ke tapak, bangunan bersejarah

May 02, 2024 | 04:32 PM



Para pengunjung ke Pesta Warisan Singapura 2024 bakal berpeluang melawat lebih banyak tempat tarikan dalam jangka masa lebih singkat, dengan menaiki bas yang akan membawa mereka ke kawasan yang menjadi tumpuan acara tersebut.

Dengan tumpuan diberi kepada warisan yang dibina, edisi ke-21 Pesta Warisan Singapura kali ini memberi peluang kepada pengunjung pengalaman melawat bangunan serta tapak mercu tanda di negara ini.

Ini termasuk ke daerah seperti Little India dan Bras Basah.

Namun pengalaman perkhidmatan bas itu, yang diberi nama Hop-On, Hop-Off, hanya disediakan pada 4 dan 5 Mei, serta 25 dan 26 Mei.


Pada 4 dan 5 Mei, bas akan mengelilingi kawasan Chinatown, Kampong Gelam, Little India.

Pada 25 dan 26 Mei pula, bas akan mengelilingi kawasan Bras Basah, Bugis dan kawasan bandar.

Pada minggu pertama, mereka yang berminat perlu menaiki bas dari kawasan Maxwell Street, manakala minggu yang terakhir pula, mereka perlu menaiki bas dari Muzium Negara.

Bas akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang

Semasa ditemui, Pengurus Kanan Pesta dan Pembangunan Daerah Lembaga Warisan Negara, Encik Qazim Karim, 34 tahun, berkata pengalaman menaiki bas untuk ke tempat-tempat yang menjadi sebahagian daripada pesta itu dijangka dapat menjimatkan lebih banyak masa bagi para pelawat.


Ia merupakan pengalaman baru buat para pengunjung ke pesta tersebut.

“Sebelum ini pelawat perlu mencari tempat dan tapak yang menjadi tumpuan acara itu secara sendiri, kini mereka dapat jimatkan masa mencari kawasan tersebut dengan adanya pengalaman menaiki bas-bas yang disediakan.

“Dengan ini mereka dapat menikmati serta menghargai sejarah serta keindahan warisan yang dibina di setiap perhentian,” katanya.

Antara kawasan yang akan dilalui bas tersebut termasuk Muzium Negara di Stamford Road, The Arts House di Old Parliament Lane, Hotel Raffles di Beach Road, dan Chijmes di Victoria Street.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang mengunjungi Pusat Warisan India Muslim Nagore Dargah di Telok Ayer Street, Masjid Jamae Chulia di South Bridge Road, Gereja Metodis di Kampong Kapor Road, Muzium Tamadun Asia (ACM) dan banyak lagi.

Pusat Warisan India Muslim Nagore Dargah dibina pada abad ke-19 oleh masyarakat Selatan India (Chulia) yang tiba di Singapura.

Bangunan yang dahulunya sebuah masjid itu kini dijadikan pusat warisan.

Pengunjung akan dapat mengenali sejarah masyarakat Chulia dan melihat seni bina bangunan yang unik seperti yang terdapat di Selatan India.

Untuk Pesta Warisan Singapura kali ini, pengunjung juga berpeluang untuk naik ke bumbung bangunan bersejarah itu untuk melihat kawasan sekitarnya dari kedudukan tinggi.







Beberapa masjid seperti Masjid Hajjah Fatimah dan Masjid Jamae Chulia juga akan mengadakan lawatan berpandu buat pengunjung.







Pada masa ini, warisan yang dibina di Singapura termasuk 75 monumen negara, lebih 7,000 bangunan serta struktur yang dipulihara, selain banyak tapak bersejarah dan mercu tanda seperti jambatan, takungan air dan tanah perkuburan.

Terdapat juga pelayaran di perairan timur laut Singapura bagi pengunjung mengenali pulau-pulau sekelilingnya, selain mengunjungi baki kelong di sini.

Pelawat juga boleh berkayak di takungan air dalam bandar serta mendapat akses eksklusif ke sudut-sudut tersembunyi di Lembangan Marina.

Pengunjung juga berpeluang merakam gambar di kawasan Kampong Gelam, selain meneroka kawasan Pulau Ubin termasuk kampung terakhir di pulau tersebut.

Dalam satu kenyataan Lembaga Warisan Negara (NHB) pada 30 April, Pengarah Pesta Warisan Singapura, Encik David Chew, berkata bahawa bangunan, tapak dan struktur – warisan yang dibina di negara ini – melangkaui batu bata.

“Ia membawa kisah dan pengalaman berbilang masyarakat lampau dan masa kini, dan masyarakatnya serta kisah mereka yang menghidupkan ruang-ruang ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, Pesta Warisan Singapura akan menyajikan lebih daripada 120 program dalam tempoh sebulan ini.

Pesta ini juga akan menyediakan lebih dari 120 acara fizikal dan dalam talian.

Bagi yang berminat untuk menyertai bas Hop-On, Hop-Off atau sebarang aktiviti anjuran Pesta Warisan Singapura 2024, anda boleh layari sgheritagefest.gov.sg untuk keterangan lanjut.









Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >