Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Penambahbaikan pada peranti dalam kenderaan ERP 2.0

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penambahbaikan pada peranti dalam kenderaan ERP 2.0

Langkah LTA termasuk lebih banyak pilihan bagi lokasi pasang OBU demi kemudahan dan keselamatan
May 02, 2024 | 08:03 PM



Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah membuat beberapa penambahbaikan pada ciri peranti dalam kenderaan, atau on-board unit (OBU), baru sistem Bayaran Elektronik Jalan Raya berteraskan satelit (ERP 2.0).


Dalam satu kenyataan pada 2 Mei, LTA berkata perubahan itu bertujuan menambah pilihan, kemudahan dan keselamatan pengguna.

Antara lain, pemilik kenderaan boleh memilih tempat untuk memasang unit pemprosesan dan kad CEPAS tidak perlu dikeluarkan dari unit pemprosesan semasa mereka memandu kenderaan.

Pemandu boleh memilih untuk memasang unit pemprosesan OBU ERP 2.0 di bahagian kaki pemandu jika kenderaan mereka membolehkannya.

Perubahan itu dibuat menyusuli aduan pemandu yang berkata unit pemprosesan ERP 2.0 di sebelah penumpang kenderaan menyukarkan dan tidak selamat apabila pemandu terpaksa mendapatkan kad yang disimpan di situ dari tempat duduk pemandu.

LTA berkata unit itu juga boleh dipasang di bahagian lain kenderaan, jika model kereta tidak membolehkan ia dipasang sama ada dekat kaki pemandu atau penumpang hadapan. Ia tertakluk pada pertimbangan keselamatan dan teknikal.

“LTA mengambil iktibar dan cadangan untuk penambahbaikan, dan membuat perubahan untuk meningkatkan pilihan pengguna, kemudahan dan keselamatan,” kata LTA.

OBU mempunyai tiga komponen: unit pemprosesan, antena, dan paparan skrin sentuh yang boleh dipasang secara pilihan.

LTA berkata ia juga telah memperkenalkan butang pada paparan skrin sentuh sejak 19 April berikutan kebimbangan keselamatan yang dibangkitkan pemandu.

Menekan butang itu membolehkan pemandu menyahaktifkan kad pembayaran mereka untuk menggunakan tiket letak kereta percuma di gantri tempat letak kereta, tanpa mengeluarkan kad pembayaran mereka dari unit pemprosesan.

Jika pemandu terlupa untuk mengaktifkan semula kad selepas meninggalkan tempat letak kereta, ia tidak akan menjejas pembayaran ERP mereka kerana jumlah betul masih akan ditolak daripada baki kad apabila kenderaan mereka tiba di gantri ERP yang aktif, tambahnya.

“Bagi pemilik yang memilih tidak memasang paparan skrin sentuh, mereka masih akan menerima unit paparan skrin sentuh, agar mereka mempunyai pilihan memasangnya jika mereka mengubah fikiran kemudiannya,” kata LTA.

Firma pembayaran Nets juga akan memberikan kad pemotoran percuma kepada semua pemandu yang mempunyai unit ERP 2.0 baru.

Ini bagi membantu pemandu mengetik kad mereka untuk masuk atau keluar tempat letak kereta privet yang tidak mempunyai Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik.

Dengan ini, pemandu tidak perlu mengeluarkan kad pembayaran yang disimpan dalam unit pemprosesan mereka. Butiran lanjut akan diumumkan Nets pada masa akan datang.

Pada masa ini, kebanyakan tempat letak kereta privet dan semua tempat letak kereta awam menggunakan Sistem Tempat Letak Kereta Elektronik.

Sistem ERP generasi baru berdasarkan teknologi navigasi satelit dan menggantikan sistem sedia ada yang berusia 25 tahun dan akan dihentikan. Apabila dilancarkan sepenuhnya, pihak berkuasa dan pemandu tidak perlu bergantung pada gantri fizikal untuk menjalankan sistem ERP.

Pemasangan OBU baru bermula pada kenderaan seperti bas dan motosikal pada November 2023.


Kenderaan baru yang didaftarkan mulai 1 Mei akan dilengkapi peralatan sistem ERP generasi akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >