Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

10,000 rumah baru mungkin dibina di Sengkang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

10,000 rumah baru mungkin dibina di Sengkang

May 02, 2024 | 06:48 PM



Sekitar 10,000 rumah baru mungkin dibina di tanah lapang yang besar di Fernvale North di Sengkang, berdasarkan pelan yang dicadangkan pada kawasan perumahan bersebelahan dengan Ekspreswe Tampines (TPE).

Dalam pindaan yang dicadangkan kepada pelan utama Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan pada 29 April, agensi tersebut sedang menyemak semula tapak tanah sebesar 18.9 hektar (lebih 26 padang bola) di antara Fernvale Street dan TPE untuk membangunkan estet perumahan baru.

Pelan menunjukkan tapak tanah itu akan ada taman, tempat ibadat dan kemudahan kesihatan dan perubatan.

URA mengatakan pembangunan yang dicadangkan itu membantu keperluan perumahan di kawasan itu, dan memberikan penduduk sekarang dan pada masa hadapan dengan “peruntukkan komersial dan rekreasi, di samping kemudahan sosial dan masyarakat, akses lebih baik ke taman dan hubungan jalan raya.”

Penganalisis hartanah menganggarkan bahawa tapak itu boleh menghasilkan 8,000 hingga 12,000 unit kediaman.

Cik Christine Sun, ketua penyelidik dan ahli strategi di firma hartanah OrangeTee Group, berkata campuran flat Bina Ikut Tempahan (BTO), kondominium dan kondominium eksekutif mungkin dibina di tapak itu.

Beliau juga menyatakan permintaan tinggi flat BTO di Sengkang disebabkan projek perumahan awam terakhir di Sengkang adalah pada 2019.

“Sebahagian penduduk yang sudah 10-20 tahun tinggal di perumahan awam mungkin mahu berpindah ke perumahan swasta. Sebahagian ibu bapa mungkin mahu pindah ke rumah lebih kecil dan tinggal berdekatan anak-anak mereka yang tinggal di kawasan itu,” katanya sambil menambah bahawa saiz tanah yang besar itu dapat memenuhi permintaan serupa itu.

Pegawai eksekutif utama ERA, Encik Eugene Lim, berkata lokasi tapak itu “berada di posisi strategik” untuk membantu tenaga kerja di Daerah Digital Punggol dan Taman Aerospace Seletar yang berhampiran.

Jejambat Pautan Seletar yang berhampiran telah dibuka pada Januari bagi menangani trafik yang dijangka bertambah berikutan pembangunan baru di Punggol. Apabila Sengkang West Drive baru siap, ia akan menyediakan hubungan dengan pembangunan di Sengkang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >