Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Polis: Kes pedofilia guru di Kelantan diklasifikasi sebagai fitnah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis: Kes pedofilia guru di Kelantan diklasifikasi sebagai fitnah

Apr 30, 2024 | 12:52 PM



KOTA BHARU: Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat, Kelantan, diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.


Beliau berkata siasatan terhadap kes itu telah selesai selepas mengambil keterangan daripada kedua-dua pihak terlibat.

Menurutnya, polis kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi siasatan ke atas penulisan.

“Hasil siasatan mendapati tidak ada bukti kukuh menunjukkan berlakunya gangguan seksual dan tidak wujud pedofilia terhadap mangsa.

“Guru yang didakwa itu juga mempunyai sikap dan kriteria yang baik, namun kita menunggu laporan perubatan ke atas wanita tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan pada 29 April, lapor Berita Harian Malaysia.


Mengulas mengenai sama ada penulisan itu ditulis kerana dendam atau fitnah, Datuk Muhamad Zaki berkata ia masih dalam siasatan.

Sebelum ini, polis telah memanggil 14 individu bagi mengambil keterangan berhubung kes membabitkan seorang guru yang didakwa melakukan pedofilia di maktab rendah tersebut di Tumpat.

“Kita sudah ambil kenyataan 14 orang termasuk pelajar. Mana-mana yang kita rasa boleh memberikan kenyataan, memberikan sesuatu kepada kita untuk meneruskan siasatan.

“Kita juga sudah mengenal pasti penulis itu dan masih menunggu laporan perubatannya kerana dia pernah belajar di situ dan mungkin ada sebab lain menyebabkan penulisan itu dibuat.

“Apa pun kita akan pastikan untuk mendapatkan pandangan daripada doktor dan kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa raya untuk mendapat nasihat dan akan teruskan siasatan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >