Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kenaikan gaji lebih 13% bagi penjawat awam M’sia

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kenaikan gaji lebih 13% bagi penjawat awam M’sia

Bermula Dis 2024, kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam
May 02, 2024 | 01:42 PM



Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lebih bermakna buat 1.6 juta penjawat awam di Malaysia apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan berita gembira yang menamatkan penantian 12 tahun mereka untuk menikmati kenaikan gaji.

Datuk Anwar, yang mengambil alih tampuk pimpinan negara selepas pilihan raya umum pada November 2022, mengumumkan kenaikan gaji lebih 13 peratus – tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam Malaysia – bagi penjawat awam mulai 1 Disember 2024.

Dalam tempoh kurang dua tahun pentadbirannya, Datuk Anwar telah mengotakan janji dan komitmen akan memberi perhatian pada kebajikan penjawat awam, termasuk peluang kenaikan pangkat, gaji dan elaun, yang dibuatnya selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, pelarasan gaji penjawat awam kepada lebih 13 peratus yang diputuskan Kerajaan Perpaduan itu akan membabitkan peruntukan lebih RM10 bilion ($2.86 bilion).

“Saya mengaku jumlah pendapatan menyeluruh paling minimum (untuk penjawat awam) yang diterima sebelum ini, iaitu RM1,765, adalah tidak munasabah.

“Oleh itu pada tahun ini, melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), kita menggunakan kriteria dan ukuran baru, iaitu pendapatan menyeluruh, termasuk gaji dan elaun tetap penjawat awam, mesti lebih RM2,000,” katanya dalam ucapan pada majlis sambutan Hari Pekerja 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 1 Mei.

Pelbagai pihak menyifatkan pengumuman sempena Hari Pekerja itu sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan dan jasa penjawat awam kepada negara.

Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata anggota perkhidmatan awam diharap terus memberi komitmen bagi memastikan agenda pembaharuan digarap Kerajaan Madani dapat dilaksanakan demi kestabilan dan kesejahteraan negara, seiring kenaikan gaji diumumkan Perdana Menteri.

“Saya mewakili seluruh perkhidmatan awam menzahirkan syukur alhamdulillah dan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Madani atas pengumuman kenaikan gaji penjawat awam.

“Pekerja yang berintegriti, produktif, kreatif dan inovatif serta memiliki jati diri yang teguh adalah aset penting yang akan melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Malaysia seiring dengan matlamat Malaysia Madani,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD), Datuk Seri Isham Ishak, berkata pengumuman kenaikan gaji penjawat awam itu membuktikan Datuk Anwar sentiasa peka dan prihatin terhadap keperluan penjawat awam.

Bagi seorang setiausaha pejabat, Jolistica @ Alice Binti Juanis, 40 tahun, pengumuman kenaikan gaji itu adalah berita gembira yang tepat pada masanya ketika keadaan ekonomi negara agak mencabar.

“Kita tidak dapat nafikan kenaikan kos sara hidup sedikit sebanyak memberi kesan kepada gaya hidup rakyat.

“Alhamdulillah, kenaikan gaji ini juga adalah satu suntikan semangat untuk kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik. Terima kasih Perdana Menteri yang sangat prihatin,” katanya kepada Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >