Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

M’sia: Wanita 85 tahun ditemui rentung dalam kebakaran

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

M’sia: Wanita 85 tahun ditemui rentung dalam kebakaran

Apr 30, 2024 | 07:28 PM



SANDAKAN (Sabah): Seorang wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Sungai Kapur, Jalan Ulu Dusun, Batu 28 sekitar tengah malam pada 30 April.


Menurut laporan media Malaysia, kejadian tersebut berlaku sekitar 12.30 tengah malam dan mangsa berusia 84 tahun itu gagal menyelamatkan dirinya sebelum mayatnya ditemui berhampiran pintu rumah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Encik Severinus Sainkui, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 12.41 tengah malam.

Seramai 12 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 45 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, tambahnya.

Berkongsi kepada media tempatan, beliau berkata: “Sebaik tiba, kebakaran melibatkan rumah... yang terbakar 100 peratus.

“Terdapat empat beranak di dalam rumah terbabit iaitu seorang anak mangsa dan dua lagi cucunya.

“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan mayatnya yang rentung ditemukan berhampiran pintu keluar rumah.”

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala operasi memadamkan kebakaran ditamatkan pada 3.17 pagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >