Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

2 pegawai syarikat air Johor direman terkait kes terima suapan RM3.3j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

2 pegawai syarikat air Johor direman terkait kes terima suapan RM3.3j

Apr 30, 2024 | 03:12 PM



JOHOR BAHRU: Dua pegawai atasan sebuah syarikat pembekalan air di Johor direman sehari bagi membantu siasatan kerana disyaki menerima rasuah RM3.3 juta ($940,000) daripada dua pemilik syarikat kontraktor.


Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Cik Nurzihan Abdul Rehman, selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 30 April, bagi membolehkan kededua suspek disiasat mengikut Seksyen 16 dan 18 Akta SPRM 2009.

Berita Harian Malaysia melaporkan dua suspek terbabit masing-masing diwakili peguam, Encik Adzly Ab Manas dan Encik Amarpreet Singh Rajwinder Singh.


Terdahulu, sumber SPRM dilaporkan berkata kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira 2 petang 29 April.

“Siasatan dijalankan susulan beberapa aduan sekitar 2023 di mana kededua suspek didakwa telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua syarikat kontraktor. Ia sebagai balasan membantu syarikat terbabit memperoleh kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air berkenaan.

“Suspek didakwa terbabit kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir palsu berhubung permohonan sumbangan bagi satu program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” kata sumber itu.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang kontraktor yang juga pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Ipoh, Perak, atas lima tuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan permohonan tender perkhidmatan pembersihan bangunan dan kawasan sekolah serta institusi pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, yang dilakukannya pada 2016 hingga 2017.

Bagaimanapun, tertuduh, Yunus Abdullah, 52 tahun, mengaku tidak bersalah ketika semua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Mengikut tuduhan pertama hingga ketiga, Yunus didakwa melakukan penipuan dengan menggunakan dokumen yang diketahui palsu sebagai tulen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >