NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya di Amerika Syarikat.
Namun peluasan khidmat tersebut baru-baru ini menunjukkan usaha pengendali teksi robot memperbaiki sistem dan juga memberi bayangan landskap pengangkutan awam masa depan bakal terdapat kemungkinan tugas pemandu akan diambil alih oleh robot atau mesin.