Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Emirates lancar semula penerbangan ke Phnom Penh menerusi S’pura

May 02, 2024 | 02:16 PM



Syarikat penerbangan Emirates pada 1 Mei melancarkan semula perkhidmatan penerbangan setiap hari ke Phnom Penh melalui Singapura, meningkatkan keterhubungan negara ini dengan Kemboja.

Ini menyusuli pelancaran semula laluan Singapura-Melbourne oleh Emirates pada Januari lalu.

Terletak di kawasan wilayah selatan-tengah Kemboja, Phnom Penh berfungsi sebagai hab ekonomi, perindustrian dan kebudayaan utama negara.

Perkhidmatan baru tersebut bukan sahaja meluaskan ketersambungan syarikat penerbangan antara Dubai dengan Asia Tenggara, malah turut memupuk perjalanan serta perdagangan lancar antara Singapura dengan Kemboja, menurut Emirates dalam satu kenyataan media.

Setiap hari, pesawat akan berlepas dari Lapangan Terbang Changi Singapura pada 3.35 petang ke Phnom Penh dan 1.40 pagi untuk ke Dubai.

Jadual tersebut membolehkan pelancong dari bandar Eropah dan Amerika Syarikat seperti Paris, Lyon, Nice, London Heathrow, Boston dan New York untuk menaiki pesawat tersebut.

Di samping itu, Emirates SkyCargo akan menawarkan kapasiti kargo lebih 300 tan setiap minggu untuk keluar masuk Phnom Penh.

Komoditi utama yang dieksport dari Phnom Penh termasuk tekstil, farmaseutikal, dan komoditi lain yang bernilai tinggi, menurut Emirates.

Menandakan penerbangan sulung ke Phnom Penh pada 1 Mei, pesawat penerbangan EK348 telah berangkat dari Dubai pada 1.05 tengah hari sebelum berlepas dari Singapura untuk ke Phnom Penh pada 3.35 petang.

Mengulas, Encik Nabil Sultan, Naib Presiden Eksekutif bagi Pengurusan Negara dan Penjualan Penumpang Emirates, berkata warisan kebudayaan Kemboja yang kaya serta kestabilan ekonomi negara itu yang meningkat menjadikan ia destinasi menarik untuk perjalanan bisnes dan santai.

“Menerusi perkhidmatan terhubung antara Singapura dengan Phnom Penh, kami juga dapat menyokong pergerakan perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua hab rantau itu dan memudahkan penghantaran import dan eksport antara Singapura, Kemboja dengan Amiriah Arab Bersatu (UAE), serta pasaran lain dalam rangkaian global kami,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >