Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tidak sokong serang Rafah tanpa pelan kemanusiaan

May 02, 2024 | 01:44 PM



TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, berkata negaranya tidak boleh menyokong operasi ketenteraan besar Israel di bandar Rafah, selatan Gaza tanpa rancangan berkesan untuk melindungi orang awam.


Encik Blinken membuat kenyataan itu selepas bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu di Israel pada 1 Mei.

Mereka membincangkan rundingan berterusan bagi gencatan senjata di Jaluran Gaza dan pembebasan tebusan Israel yang ditahan Hamas.

Encik Blinken memberitahu pemberita bahawa pemerintah Israel tidak membentangkan rancangan kemanusiaan yang berkesan dan terdapat cara lain untuk menangani Hamas yang tidak melibatkan operasi ketenteraan besar-besaran di Rafah.

Menurut beliau, terdapat perjanjian antara Amerika dengan Israel bahawa jika perjanjian mengenai gencatan senjata dan tebusan dicapai, “kami akan mencari jalan untuk memajukannya dan mempunyai sesuatu yang mampan dari semasa ke semasa”.

Pada awal hari itu, Encik Blinken melawat persimpangan Kerem Shalom di sempadan dengan Gaza bagi melihat trak memasuki wilayah Palestin untuk menghantar bekalan kemanusiaan.

Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Cik Karine Jean-Pierre, memberitahu pemberita bahawa gencatan senjata sebagai sebahagian daripada perjanjian tebusan harus “berlaku serta-merta”.

Menurutnya, Hamas masih belum memberi respons.

Encik Blinken turut melawat pelabuhan Ashdod untuk memerhati proses memunggah bantuan, prosedur pemeriksaan, proses pengangkutan ke gudang dan dari sana ke Gaza.

Lawatan itu berlaku beberapa jam selepas selesai proses pemunggahan kira-kira 400 bungkusan makanan dari Amiriah Arab Bersatu, yang tiba dengan kapal dari Larnaca di Cyprus.

Sementara itu, Erez Crossing – lintasan sempadan antara Semenanjung Gaza dengan Israel – dibuka untuk membolehkan bantuan kemanusiaan masuk ke Jaluran Gaza buat kali pertama sejak meletusnya perang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >