Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban banjir di selatan Brazil cecah 143

May 13, 2024 | 01:16 PM



RIO DE JANEIRO: Angka kematian akibat hujan lebat di wilayah Rio Grande do Sul, Brazil, meningkat kepada 143 orang, daripada 136 orang pada hari sebelumnya, kata agensi pertahanan awam tempatan pada 12 Mei, sedang hujan terus mencurah-curah di negara itu.


Seramai 125 orang lagi masih belum ditemui di wilayah yang menyaksikan paras air sungai meningkat.

Perkhidmatan cuaca Metsul menyifatkan keadaan itu sebagai “amat membimbangkan”.

Pada petang 11 Mei, pemerintah mengumumkan peruntukan kira-kira 12.1 bilion real ($3.18 bilion) untuk menangani krisis yang menyebabkan lebih 538,000 orang kehilangan tempat tinggal di wilayah itu, daripada jumlah penduduk sekitar 10.9 juta.

Pemerintah persekutuan dalam satu kenyataan pada 11 Mei berkata, dengan peruntukan tersebut, lebih 60 bilion real dalam bentuk dana persekutuan telah disediakan untuk wilayah itu.

Presiden Brazil, Encik Luiz Inacio Lula da Silva, berkata negara itu akan membina semula apa yang telah musnah.

“Kami tahu bahawa tidak semuanya boleh dipulihkan, ibu kehilangan anak dan anak kehilangan ibu,” kata Encik Lula di media sosial X, dalam satu kenyataan sempena Hari Ibu.

Pada 11 Mei, Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa pentadbirannya sedang berhubung dengan pemerintah Brazil untuk menghulur bantuan.

“Fikiran dan doa kami bersama mereka yang terjejas akibat tragedi ini, dan penggerak balas pertama berusaha menyelamatkan dan menyediakan rawatan perubatan kepada keluarga dan individu,” kata Encik Biden.

Wilayah itu terletak di titik pertemuan atmosfera yang mengakibatkan terjadi keadaan cuaca ekstrem. Hujan lebat seperti itu adalah sesuatu yang dijangkakan. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >