Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

125,000 penumpang terjejas akibat MyAirline henti operasi secara mengejut

Oct 13, 2023 | 03:23 PM



KUALA LUMPUR: Penghentian sementara operasi syarikat penerbangan tambang murah Malaysia, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) pada Khamis pagi secara mengejut telah menyebabkan 125,000 penumpang terjejas membabitkan nilai tiket RM20 juta ($5.76 juta).


Untuk penerbangan pada Khamis, data operasi menunjukkan sejumlah 5,000 penumpang terjejas membabitkan 39 penerbangan bagi destinasi tempatan dan satu laluan antarabangsa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang (DMK), Thailand.

Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata tindakan sangat tidak bertanggungjawab syarikat itu menjejaskan nama baik negara, memandangkan ada penumpang bukan warga yang menggunakan perkhidmatan mereka.

“Nilai RM20 juta itu membabitkan hasil jualan tiket penumpang yang membuat tempahan penerbangan MYAirline sehingga Mac 2024,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Encik Loke yang kesal dengan tindakan MYAirline menegaskan syarikat itu mesti bertanggungjawab dan telah diarah menyediakan kaedah jelas untuk membuat pembayaran balik tiket penerbangan atas kerugian yang terpaksa ditanggung pelanggannya.

“Saya sudah meminta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menubuhkan satu pasukan petugas khas dalam perkara ini dan berhubung dengan pihak Bank Negara supaya mencari kaedah bagaimana dapat dipastikan semua penumpang yang terjejas ini mendapat bayaran balik.

“Kita faham kebanyakannya menggunakan kad kredit membeli tiket kapal terbang. Jadi, kita perlu kerjasama daripada Bank Negara untuk melihat mekanisme supaya mana-mana penumpang yang menggunakan kad kredit akan terus dapat pemulangan wang,” katanya.

Beliau menambah, bagi yang tidak membeli tiket penerbangan menggunakan kad kredit, kementerian mahu MyAirline melunaskan bayaran balik secepat mungkin.

Encik Loke berkata memandangkan MYAirline sudah memberhentikan operasi secara mengejut tanpa sebarang notis awal, Mavcom akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk menentukan status lesen perkhidmatan udara syarikat itu yang sah sehingga 14 November 2023.

MyAirline bukan saja menutup operasi secara mengejut, malah dilihat tidak bertanggungjawab apabila kakitangan syarikat itu menghilangkan diri dan mengabaikan keperluan penumpang yang ke lapangan terbang.

Berikutan itu Malaysia Airports telah mengerahkan setiap sumbernya di lapangan terbang menghulurkan bantuan kepada penumpang MYAirline yang terkandas berikutan pengumuman penggantungan operasi syarikat itu.

Penumpang MyAirline di Kota Kinabalu, Sabah, mahu syarikat penerbangan itu mengambil tanggungjawab atas kerugian mereka berikutan pembatalan penerbangan dan penggantungan operasinya secara mengejut.

Cik Fadzhil Rosleh, 32 tahun, dari Kota Kinabalu, kecewa apabila tiket penerbangan adiknya bersama ibu dan anak saudara ke Kuala Lumpur pada Khamis petang dibatalkan.

Beliau berkata adiknya, Cik Diana Rosleh, 31 tahun, tiba dari Kuala Lumpur pada Khamis dan akan pulang ke Kuala Lumpur petang Jumaat, namun terpaksa pula berdepan dengan situasi itu.

Encik Fresella June Gunihas, 22 tahun, berkata beliau datang ke pusat jualan MYAirline kerana mahu mendapatkan penjelasan mengenai jadual penerbangannya yang sepatutnya pada 18 Oktober tetapi sudah diubah.


Berikutan masalah itu, beliau berkata terpaksa membayar RM1,600 disebabkan kesilapan sistem syarikat itu yang mengubah tarikh penerbangannya kepada November ini.


Dalam pada itu, syarikat penerbangan lain di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air menawarkan bantuan kepada penumpang MYAirline, termasuk pembelian tiket baru dengan tawaran potongan 50 peratus dan tambang istimewa, dengan syarat penumpang mengemukakan bukti pembelian tiket MyAirline.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >