Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal hanya boleh mengharap sedang City terus menyerlah jelang akhir musim EPL

Apr 26, 2024 | 03:11 PM



LONDON: Jikalau Arsenal berharap Brighton dapat mengejutkan Manchester City sama seperti bagaimana Everton menewaskan Liverpool, mereka tentu sekali kecewa.


Ini kerana pada tahap akhir musim Liga Perdana England (EPL) ini, di mana pemenang EPL bakal ditentukan dan tekanan mengejar trofi EPL berada di puncaknya, juara bertahan EPL, City, tidak menunjukkan sebarang kelemahan.

Arsenal memainkan peranan mereka untuk mencabar City dengan menewaskan Chelsea 5-0 di Stadium Emirates pada 24 April.

Namun, Liverpool pula kalah kepada Everton 0-2 di Goodison Park pada 25 April.

Arsenal kekal di tempat teratas EPL buat masa sekarang, tetapi rentak permainan City kebelakangan ini membimbangkan untuk Arsenal dan penyokong mereka.

Kemenangan selesa 4-0 City ke atas Brighton meletakkan mereka di atas Liverpool di tempat kedua EPL – satu mata di belakang Arsenal tetapi anak didik Pep Guardiola mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Jikalau City memenangi kesemua baki lima perlawanan mereka, mereka akan menjulang trofi EPL keempat berturut-turut mereka dan EPL keenam mereka dalam tujuh musim.

Arsenal kini dilihat sebagai pencabar utama City, manakala Liverpool perlu berharap City dan Arsenal keciciran mata, di samping bangkit mencatatkan kemenangan dalam baki perlawanan mereka.

City kini telah bermain 18 perlawanan liga tanpa kalah, dengan 14 kemenangan dan empat seri, sejak mereka kalah 0-1 di padang Aston Villa pada Disember 2023.

Penyerang utama Erling Haaland mungkin tidak boleh bermain akibat kecederaan tetapi City selalu mempunyai seseorang yang dapat mengambil alih tempat Haaland tanpa sebarang masalah.

Jika tidak pun, Phil Foden dan Kevin de Bruyne lebih daripada mencukupi untuk membenam lawan City, seperti apa yang mereka lakukan ke atas Brighton pada 26 April.

De Bruyne menjaringkan gol pertama City pada minit ke-17 melalui hantaran Kyle Walker.

Foden kemudian menambah dua lagi gol sebelum separuh masa kedua untuk membuktikan penguasaan City dan meletakkan pasukannya dalam kedudukan selesa.

Beliau menjaringkan gol pertamanya melalui tendangan percuma yang terkena Pascal Gross sebelum bola melencong ke gawang Brighton.

Pemain sayap England itu kemudian menjaringkan gol keduanya dengan memanfaatkan kesilapan barisan pertahanan Brighton. Ini bermakna Foden telah menjaringkan 16 gol untuk City musim ini.

Beliau telah menjaringkan sebanyak 51 gol untuk City dalam tempoh beliau bersama kelab itu, dan ketajamannya untuk menjaringkan gol hanya menambah kepada ancaman serangan barisan kesebelasan yang diturunkan Guardiola.

Julian Alvarez menjaringkan gol keempat perlawanan itu pada minit ke-62, melalui hantaran Walker sekali lagi – gol pertamanya dalam lapan perlawanan, ganjaran yang wajar dinikmati selepas menunjukkan kerajinan membantu rakan-rakannya lain sepanjang pertarungan.

Walaupun skuad Brighton terjejas akibat masalah kecederaan, prestasi cemerlang City semasa mencatatkan kemenangan itu membayangkan adalah sukar bagi lain-lain termasuk Arsenal untuk membendung juara bertahan itu daripada muncul juara lagi.

Tonggak midfield, Rodri, sekali lagi, beraksi cemerlang dan mengekalkan rekod beliau kepada 69 perlawanan tanpa kalah apabila diturunkan dalam kesebelasan City.

Arsenal tiada pilihan kecuali memenangi baki empat perlawanan terakhir – menentang Spurs, Bournemouth, Manchester United dan Everton di samping mengharapkan City tercicir mata.

Justeru, anak didik Mikel Arteta terdesak mengutip mata penuh apabila bertandang ke padang Tottenham Hotspur (9 malam 28 April, waktu Singapura).

Masalahnya, City tidak menunjukkan tanda-tanda ‘darah gemuruh’ atau goyah di penghujung perlumbaan musim ini, dan akan menjulang mahkota EPL jika mereka memenangi kesemua baki perlawanan mereka – tanpa perlu menoleh pada Arsenal ataupun Liverpool. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >