Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

‘ADoi’... kembali menusuk liga bola sepak setempat

Bekas Pemain Terbaik 2021 dan pemenang but emas mahu catat sejarah sebagai legenda dalam Liga Perdana S’pura
May 17, 2024 | 02:46 PM



Penyerang berbakat Tomoyuki Doi, yang pernah menjadi pemain terbaik dan penjaring terbanyak Liga Perdana Singapura (SPL), kini kembali beraksi dalam arena bola sepak setempat dan tidak membuang masa menunjukkan kebolehan beliau sekali lagi.

Doi, yang memenangi anugerah Pemain Terbaik 2021, menyertai pasukan Geylang International pada Januari 2024.

Dalam penampilan sulungnya SPL musim 2024 ini, beliau menjaringkan satu gol dan merintis peluang bagi satu lagi jaringan ketika membantu Geylang berkongsi mata ketika seri 2-2 dengan Balestier Khalsa pada 10 Mei.

Sejak meninggalkan Hougang United pada 2021, kerjaya Doi dalam Liga J3 Jepun dan liga utama Albania tidak berjalan seperti yang beliau harapkan.

Demi menyemarakkan semula kerjayanya, Doi, 26 tahun, kembali ke SPL bersama Geylang, yang merupakan kelab pertama memberikan beliau peluang tersebut.

“Saya ingin menjadi pemain yang hebat, jadi saya memilih untuk pulang ke Jepun dan kemudian ke Eropah... ia pengalaman yang amat berbeza untuk saya, tapi banyak yang saya pelajari,” jelas Doi, ketika berkongsi pengalamannya bersama The Straits Times menjelang perlawanan antara Geylang dengan BG Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar pada 17 Mei.


Doi hanya menjaringkan empat gol dalam 18 penampilan untuk Fujieda MYEC dan tampil setakat lapan perlawanan untuk FK Bylis di Albania pada 2023, sebelum kecederaan buku lali kiri mengakhiri musimnya.

Walaupun pengalamannya di Eropah dan Jepun mencabar, beliau tidak sesekali menyesal meninggalkan SPL.

Beliau percaya bahawa gaya permainan beliau tidak sesuai untuk Liga Jepun, di mana penyerang mereka lebih serba boleh.

Doi menjaringkan 11 gol dalam 14 penampilan ketika membantu Albirex Niigata memenangi trofi SPL pada 2020.

Beliau juga berjaya menggondol anugerah But Emas selepas menjaringkan 19 gol dalam 21 perlawanan untuk Hougang United pada 2021.

Penyerang setinggi 1.79 meter itu kini menggariskan harapan menemui sasaran dalam setiap perlawanan Geylang.

Beliau bermain di hadapan bekas rakan sepasukannya di Albirex, Ryoya Taniguchi, dan seorang lagi pemain import Geylang yang berasal dari Perancis, Vincent Bezecourt.

“Dalam perlawanan yang lebih mencabar, saya ingin lakukan sesuatu yang istimewa untuk merancakkan lagi suasana di stadium,” kata Doi.

Pengurus Geylang, Noor Ali, berkata mereka telah meneliti Doi musim lalu kerana beliau memang sedang mencari seorang penyerang.

“Doi sesuai dengan cara permainan yang ingin saya terapkan. Beliau penyerang yang terbukti bakatnya dalam SPL, sesuatu yang kami perlukan,” kata Noor Ali, yang menggariskan matlamat melihat pasukannya menduduki kedudukan lebih tinggi daripada tangga kelima SPL.

Tampines, yang menewaskan Albirex 3-1 pada 12 Mei, akan berusaha menangani ancaman Doi.

Namun, ia bukan tugas yang mudah kerana Doi telah menjaring lapan gol dalam lima perlawanan menentang mereka.

Namun, Doi bukan sekadar ingin menjaringkan sebanyak gol semungkin, bahkan mahu namanya tercatat dalam sejarah EPL.

“Saya ingin menjadi legenda di sini,” kata beliau. “Apabila mereka bertanya siapakah penyerang terbaik dalam sejarah SPL, saya ingin peminat sebut nama saya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >