Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Mangsa dalam kes Ken Lim tampil beri keterangan selepas 11 tahun diam diri

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa dalam kes Ken Lim tampil beri keterangan selepas 11 tahun diam diri

May 06, 2024 | 08:01 PM



Salah seorang wanita yang mendakwa dicabul kehormatannya oleh bekas pengadil, Singapore Idol, Ken Lim, telah tampil untuk memberi keterangan selepas berdiam diri selama lebih sedekad.


Pada 6 Mei, wanita tersebut – seorang penyanyi dan penulis lagu – hadir di mahkamah untuk memberikan kenyataan terhadap Lim. Beliau tidak boleh dinamakan atas perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Lim, yang menghadapi enam pertuduhan menghina kehormatan seorang wanita dan satu pertuduhan mencabul, dijangka dihadapkan lima perbicaraan berbeza, setiap satu melibatkan seorang daripada lima mangsa yang mendakwanya.

Lim merupakan pengarah eksekutif label rekod, Hype Records, pada masa itu.

Pada 2012, Lim didakwa telah bertanya wanita itu di pejabat label rekodnya jika beliau masih dara, dan apa yang akan berlaku jika dia melakukan hubungan seks dengannya ketika itu.

Wanita tersebut mendiamkan diri kerana beliau tidak menyedari ketika itu bahawa kelakuan Lim adalah satu jenayah.

Tetapi, selepas beliau dimaklumkan bahawa Lim telah didakwa atas kesalahan yang sama, beliau memutuskan untuk tampil dan melaporkan perkara itu kepada polis.

Pada 6 Mei, Timbalan Pendakwa Raya Gail Wong, berkata wanita tersebut telah melihat berita pada Jun 2023 mengenai pertuduhan Lim yang meluahkan kata-kata penghinaan seksual kepada wanita lain.

Di saat itu, DPP Wong berkata wanita tersebut menyedari apa yang dikatakan oleh Lim kepadanya adalah satu jenayah, lantas beliau membuat laporan polis pada hari yang sama.

DPP Wong berkata wanita tersebut telah terbang dari London, di mana beliau kini tinggal, “untuk memberikan keterangan”.

Lim diwakili oleh pasukan peguam dari WongPartnership termasuk Peguam Kanan Encik Tan Chee Meng, Encik Paul Loy dan Encik Samuel Navindran.

DPP Wong berkata mangsa telah bertemu Lim dua kali di pejabatnya pada 2012 selepas diperkenalkan oleh kenalan bersama.


Sekitar 13 hari selepas mesyuarat kedua, DPP Wong berkata Lim telah bertanyakan keadaan mangsa dan sama ada beliau masih trauma.


“Kami akan menunjukkan bahawa dia (Lim) merujuk kepada pertemuan terakhirnya dengan mangsa apabila dia telah mengeluarkan perkataan ‘adakah awak dara’ dan ‘bagaimana jika saya melakukan hubungan seks dengan awak sekarang’ di tempat letak kereta pejabat,” kata DPP Wong.


DPP Wong menambah bahawa mangsa telah memberitahu teman lelakinya dan suaminya sekarang, serta bapa dan kakaknya, apa yang dikatakan Lim kepadanya selepas pertemuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >