Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Jumlah karyawan dalam rangkaian Mendaki kian meningkat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah karyawan dalam rangkaian Mendaki kian meningkat

May 06, 2024 | 06:26 PM



Lebih 500 karyawan yang mewakili sembilan rangkaian telah menyertai Rangkaian Karyawan Mendaki sejak penubuhannya pada 2019, dan jumlah ini semakin meningkat, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad. 

Rangkaian tambahan dalam Penjagaan Kesihatan, Kerja Sosial, Media dan Kreatif dan Kelestarian juga bakal ditambah pada 2024, dengan harapan karyawan Melayu/Islam boleh membina modal kerjaya, menyumbang, dan meningkatkan masyarakat agar terus progresif. 

Demikian dinyatakan Encik Masagos di majlis Makan Tengah Hari Rangkaian Hari Raya Mendaki Singapura di Sofitel Singapore City Centre, pada 5 Mei.

Penubuhan rangkaian Karyawan Mendaki itu bertujuan merangsang pembangunan kerjaya dan menggalak budaya menyumbang kepada masyarakat. 

Dalam satu hantaran di Facebook pada 5 Mei, Encik Masagos berkata beliau turut menekankan peri pentingnya sikap saling membantu demi membina masyarakat yang perkasa.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin masyarakat yang berdedikasi dalam memajukan peluang-peluang pendidikan.

“Berkat kerja keras mereka, jumlah profesional di sektor-sektor yang berkembang pesat semakin meningkat,” kata beliau yang turut meluahkan rasa bangga dapat bertemu dengan lebih 200 karyawan Melayu/Islam di majlis tersebut. 

Dengan rangkaian baru yang bakal ditubuhkan Mendaki, Encik Masagos berharap “karyawan kita dapat membina modal kerjaya atau ‘career capital’ serta menyumbang kembali dan mempertingkatkan masyarakat supaya kekal maju sebagai Masyarakat Gemilang.”

Beliau menggunakan pepatah Melayu, “kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar” dalam catatan yang sama untuk menyerlahkan pelbagai peluang yang ada bagi “menyumbang kembali kepada masyarakat, sama ada dengan menjadi sukarelawan sebagai mentor, tutor, atau menerajui projek-projek akar umbi”. 

Sementara itu, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang turut menghadiri majlis itu meluahkan rasa gembira dalam hantaran di Facebook pada 5 Mei.

Beliau gembira kerana berpeluang berhubung dengan para sukarelawan daripada kalangan rangkaian profesional. Encik Zaqy berkongsi bahawa terdapat lebih 1,000 profesional merupakan sukarelawan merentasi program dan inisiatif Mendaki.

“Profesional kita membawa banyak cara dan idea yang inovatif untuk meningkatkan komuniti. Sebahagian daripada mereka menganjurkan perjalanan pembelajaran ke syarikat dan juga simulasi penerbangan. Manakala yang lain pula berkhidmat sebagai mentor dan tutor kepada pelajar.

“Di luar peluang sukarela, Mendaki menyediakan Rangkaian Karyawan untuk memupuk bakat dalam masyarakat dan membina modal kerjaya mereka.

“Ini penting untuk membina saluran pemimpin dalam memupuk ekosistem pementoran dalam komuniti,” kata beliau yang turut meluahkan rasa gembira mendapati ada golongan yang meraih manfaat daripada bimbingan dengan pemimpin kanan dalam industri pertumbuhan. 

Encik Zaqy menggesa orang ramai supaya menyertai Mendaki dalam membina kejayaan masyarakat demi generasi akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >