Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gaji lebih tinggi, tarik kakitangan antara usaha tingkat sektor intervensi awal

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi, tarik kakitangan antara usaha tingkat sektor intervensi awal

Apr 26, 2024 | 04:20 PM



Pendidik campur tangan awal (EI) boleh menjangkakan peningkatan gaji antara 3 peratus dengan 16 peratus setiap tahun dalam pakej tahunan mereka dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Ini akan diberikan dalam bentuk kenaikan gaji bulanan, bonus prestasi dan lain-lain bayaran.

Mengumumkan demikian, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata pelarasan gaji itu diharap dapat menarik lebih ramai lagi untuk menyertai sektor EI.

“Sedang kita memulakan inisiatif baru, kita tidak boleh melupakan perkara asas – gaji. Kita perlu memastikan bahawa profesional EI diberi pampasan yang mencukupi bagi kerja dan usaha mereka,” katanya.

Meskipun beliau senang kebanyakan pengendali EI sudah pun membayar pendidik EI gaji permulaan yang disarankan atau lebih dari itu, Encik Masagos menambah:

“Kita perlu lakukan lebih lagi agar sektor ini dapat menarik dan mengekalkan bakat, dan menyokong profesional EI dalam mengejar kerjaya yang bermakna.

“Ini bererti menyediakan gaji yang baik bagi pendidik EI, sesuai dengan kemahiran dan pengalaman mereka.”

Pengumuman Encik Masagos itu disambut baik sekitar 1,200 hadirin, termasuk 1,000 profesional EI, yang memberi tepukan gemuruh pada Persidangan Intervensi Awal 2024 yang diadakan di Pusat Ekspo dan Konvensyen Sands pada 26 April.

Selain peningkatan gaji, Encik Masagos juga mengatakan bahawa lagi 1,500 tempat EI akan ditambah untuk menyokong kanak-kanak yang memerlukan sokongan tahap sederhana hingga tinggi.

Ini akan dilakukan melalui pembukaan tiga lagi pusat Campur Tangan Awal bagi Bayi dan Kanak-Kanak (Eipic) baru serta memaksimumkan lagi kapasiti pusat EIPIC sedia ada.

Jelang akhir 2024, sejumlah 7,200 tempat EI boleh dijangkakan, kata Encik Masagos.

“Dengan gabungan usaha ini, kami berada pada landasan yang betul untuk mencapai matlamat menyokong 80 peratus kanak-kanak yang memerlukan sokongan EI tahap sederhana hingga tinggi melalui program yang dibiayai kerajaan menjelang 2027.


“Ini bermakna semakin ramai kanak-kanak dengan keperluan pembangunan akan dapat menerima sokongan tepat pada masanya,” ujar beliau.


Semakan gaji dan memastikan terdapat lebih banyak tempat yang disediakan bagi mereka yang memerlukan sokongan merupakan antara usaha meningkatkan lagi sektor EI.

Pelbagai usaha lain dibincangkan semasa Persidangan Intervensi Awal yang kembali diadakan secara fizikal setelah tiga tahun.

Persidangan 2021 diadakan secara maya disebabkan pandemik Covid-19.

Bertemakan Mendalami Amalan Campur Tangan pada Tahun Awal, persidangan kali ini dianjurkan sekitar tiga bidang tumpuan yang merangkumi Pendekatan EI, Memperkukuh Keluarga, Sekolah dan Perkongsian Masyarakat serta Sokongan bagi Profesional EI.


Jawatankuasa penganjur terdiri daripada wakil daripada 10 penyedia Eipic, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Hospital Universiti Nasional (NUH) dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda).


Persidangan itu juga menampilkan sumber DIY yang dicipta oleh profesional EI untuk digunakan dalam sesi mereka dengan kanak-kanak dengan keperluan pembangunan. Selain bengkel, terdapat juga pembentangan daripada organisasi-organisasi ini.


Antara bengkel interaktif yang diadakan termasuk ‘Membayangkan semula peranan profesional kesihatan bersekutu - Menuju ke arah pendekatan pasukan transdisiplin dalam intervensi awal’ yang dikendalikan Pakar Psikologi Klinikal Kanan dari Community Psychology Hub, Cik Chay Pei Yun.


Antara lain, beliau telah berkongsi cabaran yang dihadapi pasukan transdisiplin dalam membantu kanak-kanak yang memerlukan sokongan pembangunan.


“Sesetengah keluarga mereka akan memiliki pemikiran ‘awak profesional, jadi beritahu saya apa yang perlu saya lakukan’ dan ‘saya berikan anak saya kepada awak, buat apa yang perlu dan bila dia kembali kepada saya, dia mesti sudah ok’.


“Jadi terdapat keperluan perubahan pemikiran untuk membantu ibu bapa memahami bahawa mereka juga sebahagian daripada pasukan ini, kita mesti bekerjasama. Itu bahagian penting dan itu juga cabaran yang perlu diatasi,” katanya.


Menjelang persidangan itu, perjalanan pembelajaran ke pelbagai agensi perkhidmatan sosial yang menyediakan perkhidmatan melangkaui intervensi awal dan hospital juga telah dianjurkan.


Ini merupakan ciri baru bagi persidangan tahun ini dan ia bertujuan untuk profesional EI mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang perkhidmatan pasca-Eipic yang tersedia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >