Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

13 pemimpin masyarakat tamat program Tunas Bersama M³

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13 pemimpin masyarakat tamat program Tunas Bersama M³

Apr 26, 2024 | 04:15 PM



Kumpulan perintis yang terdiri daripada 13 pemimpin masyarakat telah menamatkan program Tunas Bersama M³, yang bertujuan memupuk generasi pemimpin MMO (Pertubuhan Melayu/Islam) akan datang.

Sepanjang tempoh 18 bulan program tersebut, pemimpin yang terlibat telah meraih manfaat daripada pelbagai sesi pementoran dan perkongsian serta perjalanan pembelajaran, atau learning journeys, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, dalam satu hantaran di Facebook pada 26 April.


Mereka juga telah bekerjasama untuk menerajui tujuh projek kemasyarakatan, antaranya Project Dream On.


Dalam projek tersebut, peserta Tunas bekerjasama dengan Rangkaian Karyawan Mendaki, untuk memberi peluang kepada belia Melayu/Islam yang berusia antara 15 dengan 17 tahun melalui latihan bekerja khusus dalam sektor sedang membangun.

Dalam pada itu, ia juga dapat membantu belia meluaskan pengalaman dan pola pemikiran mereka tentang peluang pekerjaan masa hadapan.

Inisiatif Tunas Bersama M³ pertama kali diumumkan oleh Encik Masagos di Majlis Perjumpaan Hari Raya secara maya pada Mei 2021.

“Pengalaman yang diraih dapat memupuk generasi pemimpin yang baru dengan ciri keberanian, perpaduan dan kerjasama untuk membimbing masyarakat dan negara.

“Saya gembira dapat melihat para peserta Tunas Bersama M³ menjalin persahabatan dan rangkaian yang kuat sambil berganding bahu untuk memperkasa dan menyumbang kepada masyarakat,” kongsi Encik Masagos dalam hantaran di Facebook itu.

Beliau hadir sebagai tetamu terhormat di majlis tamat pengajian Tunas pada 24 April di Hotel Voco di Orchard Road.

Anggota dan penasihat sayap belia di bawah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Aspire@DPPMS, Encik Fazli Mansor, muncul sebagai ‘valedictorian’ program Tunas Bersama M³.

Beliau turut berkongsi penghargaannya terhadap pendekatan program berkonsep kepimpinan itu. Menurutnya, ia telah mendorong beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menghargai rangkaian yang kukuh dengan para pemimpin lain.

“Kepimpinan boleh menjadi sesuatu yang sepi tetapi saya telah belajar bahawa kita tidak keseorangan dan kita sentiasa mempunyai pilihan untuk mendapatkan bantuan, mencari penyelesaian yang memanfaatkan dua pihak, atau sekadar mempunyai perspektif yang berbeza.

“Mengambil iktibar daripada perjalanan pembelajaran yang kami lalui ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) dan syarikat APRIL di Pangkalan Kerinci, Riau, saya harap ia akan berkembang menjadi sistem untuk menangani cabaran masyarakat kita,” kata Encik Fazli dalam ucapan ‘valedictorian’ beliau di majlis itu.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed, yang turut hadir di majlis itu, berkata adalah amat menggalakkan untuk melihat bagaimana pemimpin masyarakat ingin meningkatkan kemahiran dan memperbaharui dedikasi mereka agar dapat membawa perubahan dalam masyarakat.

“Melalui program Tunas, Dr Syed Harun memulakan Perbualan LBKM (Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud) untuk melibatkan pelajar pengajian tinggi dan karyawan muda tentang isu semasa dan masa hadapan yang memberi kesan kepada masyarakat,” kongsi Encik Zaqy dalam satu hantaran Facebook pada 26 April.

Kata Encik Fazli lagi:


“Saya berbesar hati diiktiraf sebagai ‘valedictorian’ kerana saya telah banyak belajar daripada peserta lain, yang dalam kapasiti mereka sendiri, adalah individu yang berjaya dalam kedudukan organisasi mereka dan juga peranan profesional mereka.


“Program ini telah menyatukan kami dan membentuk rangkaian sokongan yang kukuh.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >