Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pemuda didenda RM23,000 dek komen jelik tragedi helikopter TLDM terhempas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemuda didenda RM23,000 dek komen jelik tragedi helikopter TLDM terhempas

Apr 26, 2024 | 04:52 PM



TAIPING (Perak): Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 ($6,553) di Mahkamah Sesyen Taiping, Perak, selepas mengaku salah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, yang mengorbankan 10 mangsa.


Tertuduh, Mohd Saifuddin Shafik, 36 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di depan Hakim Nabisha Ibrahim.

Pemuda itu turut membuat permohonan maaf kepada anggota keluarga mangsa, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta seluruh rakyat Malaysia dan menyatakan kekesalannya kerana membuat hantaran itu.

Mengikut tuduhan, pemilik akaun Twitter (X) Saifuddin Shafik @ saishafik itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik sifatnya kira-kira 1.15 petang, 23 April.

Ia membabitkan tulisan: “Baru raptai dah mampus. Tak sempat nak pergi perang”, dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, yang dibaca di sebuah kedai di Pusat Bandar Bagan Serai, Perak, kira-kira 6.30 petang, pada hari yang sama, lapor Astro Awani.


Dia didakwa pada 26 April di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Cik Wan Azimah Yaacob, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun dan Encik Amin Othman.

Encik Mohd Hafarizam dan Encik Amin memohon anak guam mereka tidak dikenakan hukuman penjara kerana mengalami simptom penyakit bipolar disorder di samping perlu menanggung seorang isteri dan kedua ibu bapa.


Pendakwa Wan Azimah bagaimanapun meminta hukuman berat supaya boleh mengekang hantaran jelik yang telah banyak kali berlaku dan menjadi pengajaran kepada orang lain.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM23,000 atau penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Sementara itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang juga Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-90, di Masjid An-Nur di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pada 26 April.

Dalam majlis yang bermula sebelum solat Jumaat itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; dan Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob.

Bacaan yasin dan tahlil itu disertai kira-kira 3,000 warga TLDM, sebelum disusuli dengan solat Jumaat di masjid tersebut.

Majlis berkenaan diadakan buat mangsa tragedi nahas Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan Fennec TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pada 23 April, yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai TLDM.

Ia menggantikan sambutan ulang tahun TLDM ke-90 yang sepatutnya bermula 27 April tetapi dibatalkan susulan tragedi malang itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >