Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pemetik kelapa dijel pukul ibu, acu parang terhadap kakak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pemetik kelapa dijel pukul ibu, acu parang terhadap kakak

May 06, 2024 | 12:02 PM



MUAR: Seorang pemetik kelapa dipenjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah memukul ibunya kerana enggan memberinya wang dan mengacu parang terhadap kakaknya pada Mac.


Navindran Subramanian, 36 tahun, yang berhadapan dua tuduhan, membuat pengakuan itu di Mahkamah Majistret di sini pada 5 Mei di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut tuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap ibunya, yang berusia 66 tahun, dengan menggunakan tangan, menyebabkan beliau cedera di kepala, dada dan tangan, di sebuah rumah di Sungai Abong di sini pada 17 Mac.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga setahun atau denda RM2,000 ($570) atau kedua-duanya.

Di bawah tuduhan kedua, Subramanian didakwa mengacu parang terhadap kakaknya pada masa dan tarikh di tempat sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 352 kanun itu dan boleh dipenjara hingga tiga bulan atau didenda RM1,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman.

Berdasarkan fakta kes, Subramanian pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lalu meminta wang daripada ibunya, lapor Berita Harian Malaysia.


Ibunya enggan memenuhi permintaannya, menyebabkan Subramanian mengamuk lalu memukul ibunya.

Kakaknya cuba membantu meleraikan pergaduhan itu, namun Subramanian mengambil parang dari dalam bilik lalu mengacunya terhadap kakaknya.

Laporan polis dibuat dan Subramanian ditangkap di rumahnya pada hari sama.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi tuduhan pertama dan tiga bulan bagi tuduhan kedua.

Hakim memutuskan dua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh Subramanian ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >