Mengejar inovasi demi mempermudah kegiatan permainan dan pembangun animasi realiti maya (VR) bermutu tinggi merupakan antara tonggak misi usahawan teknologi, Encik Ikhwan Zainal.
Sebagai ketua teknologi syarikat Refract Technologies, sebuah firma pembangun permainan dan peralatan VR, Encik Ikhwan, 35 tahun, juga mahu meluaskan penyertaan manusia dalam dunia VR dengan membangunkan aplikasi permainan dan hiburan canggih.