Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Syafiq Yusof beranikan diri papar sisi gelap polis

Apr 26, 2024 | 04:26 PM



Tidak mahu bapanya, Datuk Yusof Haslam, terus dikecam kerana menghasilkan karya yang hanya memihak kepada polis dengan memaparkan sisi baik pasukan berseragam itu membuatkan pengarah dan penulis skrip prolifik, Syafiq Yusof, tampil dengan naskhah sensasi dan berani menerusi Sheriff: Narko Integriti.


Filem itu kini hangat ditayangkan di pawagam Malaysia dan Singapura.

Meskipun filem arahannya itu berisiko tinggi, Syafiq sanggup berdepan situasi itu demi membawa evolusi baru dalam pembikinan naskhah membabitkan penjawat awam.

“Papa sudah buat siri, Gerak Khas, berpuluh-puluh tahun. Masuk dekad kedua pembikinannya, ramai yang mula tidak suka.


“Mereka kata, drama polis ini sudah tidak nampak realistik kerana kerap puji polis dan tunjukkan mereka nampak baik.

“Apabila perkara ini dibangkitkan, Papa kena kecam. Walhal Papa hanya buat filem atau drama mengikut peraturan dan undang-undang.

“Selepas mengarahkan filem polis seperti, KL Special Force dan Polis Evo 3, saya sudah tak tahu nak pusing mana lagi.


“Jadi, saya tampil dengan isu berat dan memaparkan sisi gelap polis menerusi filem Sheriff,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) ketika ditemui pada majlis tayangan gala Sheriff di ibu negara, baru-baru ini.


Mengulas lanjut penghasilan filem, Sheriff, Syafiq lega kerana filem itu tidak menjadi mangsa gunting tajam Lembaga Penapis Filem (LPF) dan dibenarkan untuk ditayangkan meskipun mendapat klasifikasi 16 (buat penonton 16 tahun dan ke atas).


“Polis Diraja Malaysia (PDRM) buat penilaian sejak awal skrip filem dihasilkan. Mereka baca skrip daripada mula sampai habis dan jika ada yang tak puas hati, mereka minta kami perbetulkan.

“Cuma ada sedikit perubahan yang perlu dibuat. Bukan sahaja PDRM, malah LPF pun okey. Mereka hanya potong satu babak.

“Lagipun dalam naskhah ini, saya tidak tunjuk polis jahat. Sebaliknya saya berikan dua perspektif kepada penonton iaitu kejahatan dan kebaikan.

“Saya harap orang tak menilai saya dan menganggap karya ini bertujuan menyerang polis.

“Mengenai klasifikasi 16 yang diberikan LPF, saya okey.

“Sejujurnya, lebih merisaukan saya adalah jika filem ini tidak dibenar untuk ditayang atau diharamkan LPF,” luah pemenang trofi Pengarah Terbaik, Anugerah Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) 2017 itu.

Sementara itu, Yusof menyifatkan buah tangan terbaru syarikat penerbitan Skop Productions itu sebagai karya paling jujur yang pernah dihasilkan.


“Saya sudah 40 tahun hasilkan cerita mengenai pasukan polis dan saya tahu kisah yang dipaparkan dalam filem Sheriff pasti tidak akan dibenarkan.


“Sebelum ini, saya pernah buat filem yang memaparkan kisah rasuah dalam polis, tapi skripnya terpaksa dirombak kerana tidak mahu gambaran buruk masyarakat terhadap pasukan berseragam ini.


“Namun, zaman sudah berubah dan Bukit Aman juga semakin terbuka. Ketika sesi penilaian dibuat oleh LPF, ada antara panel yang juga bekas pegawai tinggi polis.


“Mereka setuju dengan apa yang kami paparkan dalam filem ini kerana ia realiti hari ini. Lagipun, kita memang tak boleh nak sorok apa pun dalam dunia media sosial.


“Saya juga nak tegaskan, bukan niat kami merendahkan penjawat awam,” jelasnya.


Baguslah tu. Filem terbitan bersama Astro Shaw ini memang lain daripada lain dan sudah meraih kutipan ‘box-office’ RM22.1 juta ($6.3 juta) selepas tujuh hari ditayangkan. Ia dianggap filem terlaris 2024 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >