Walaupun Encik Johari Kazura menjual minyak atar, beliau sentiasa berinovasi dan memperbaharui resipi minyak wangi tradisionalnya sejak beliau menubuhkan Sifr Aromatics lebih 10 tahun lalu.
Menurutnya, memberi nafas baru kepada wangian dianggap tradisional adalah perlu demi memastikan kerelevanan dan daya tarikan berterusan produknya dalam dunia perniagaan dengan persaingan yang sengit.