Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Harga flat jualan semula HDB terus meningkat, lebih banyak flat dijual

Apr 26, 2024 | 04:11 PM



Harga flat jualan semula HDB meningkat 1.8 peratus dalam tiga bulan pertama 2024, kadar lebih pantas berbanding pertumbuhan 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

Ia adalah kenaikan harga suku ke-16 berturut-turut sejak suku kedua 2020, menurut perangkaan Lembaga Perumahan Pembangunan (HDB) pada 26 April.

HDB berkata pasaran jualan semula semakin stabil apabila harga jualan semula meningkat 4.9 peratus pada 2023, lebih rendah daripada kenaikan 10.4 peratus pada 2022 dan kenaikan 12.7 peratus pada 2021.

Ia juga menyatakan pertumbuhan harga keseluruhan 2.9 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2023 dan suku pertama 2024 menghampiri jumlah peningkatan sebanyak 2.8 peratus berbanding suku kedua dan ketiga 2023.

Ia menasihatkan isi rumah supaya berhemat dari segi kewangan dalam pembelian flat mereka, dengan memetik unjuran ekonomi yang tidak menentu dan kadar gadai janji yang tinggi.

“Pemerintah akan terus memantau pasaran hartanah dengan teliti dan menyesuaikan dasar-dasarnya mengikut keperluan, bagi menggalakkan pasaran hartanah yang stabil dan mampan,” tambah HDB.

Ketua Penyelidikan dan Kandungan PropNex Realty, Encik Wong Siew Ying, berkata pertumbuhan harga dalam pasaran jualan semula HDB mengatasi hartanah swasta sejak permulaan wabak Covid-19 pada awal 2020.

“Harga jualan semula HDB, yang mula pulih pada separuh kedua 2019, telah mengalami pemulihan yang kukuh, dibantu oleh permintaan yang meningkat untuk flat jualan semula semasa pandemik,” katanya.

Dari suku pertama 2020 hingga suku pertama 2024, harga jualan semula HDB meningkat sebanyak 40 peratus, katanya.

Sebagai perbandingan, data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) menunjukkan bahawa harga dalam pasaran swasta meningkat sebanyak 34 peratus dalam tempoh yang sama.

Penganalisis hartanah mengaitkan pertumbuhan harga lebih pantas pada suku pertama 2024 disebabkan lonjakan permintaan untuk flat jualan semula, terutamanya daripada kumpulan pertama pemilik rumah persendirian, yang telah menamatkan tempoh menunggu 15 bulan selepas menjual rumah mereka.

Tempoh tunggu adalah langkah sementara yang dilancarkan pada September 2022 untuk menyejukkan pasaran jualan semula.

Cik Christine Sun, ketua penyelidik dan ahli strategi di firma hartanah OrangeTee Group, berkata lebih ramai pembeli kali pertama memilih untuk membeli flat jualan semula, disebabkan jualan Bina Ikut Tempahan (BTO) yang kurang kerap, yang mungkin juga menaikkan harga.

Mulai 2024, flat BTO akan ditawarkan merentasi tiga proses jualan, pada Februari, Jun dan Oktober, turun daripada empat pelancaran setahun.

Sebanyak 7,068 flat jualan semula HDB bertukar tangan pada suku pertama 2024, meningkat 8 peratus daripada 6,547 unit pada suku sebelumnya.

Pada Jun, ia akan melancarkan kira-kira 6,800 flat BTO di Jurong East, Kallang/Whampoa, Queenstown, Tampines, Woodlands dan Yishun.

Ia menasihatkan pencari rumah untuk memohon Surat Kelayakan Pinjaman (HLE) HDB sebelum 15 Mei, supaya mereka boleh mengambil bahagian dalam latihan BTO yang akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >