Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera AS mula bina jeti di Gaza bagi percepat kiriman bantuan kemanusiaan

Apr 26, 2024 | 01:09 PM



WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat telah memulakan pembinaan dermaga di pantai Gaza bagi mempercepatkan saluran bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di wilayah itu.


Dermaga itu dijangka mula beroperasi pada Mei, kata Pentagon pada 25 April.

Presiden Amerika, Encik Joe Biden, mengumumkan pembinaan dermaga itu pada Mac ketika pegawai bantuan memohon Israel agar memudahkan akses bagi bekalan bantuan ke Gaza melalui laluan darat.

Masih tidak jelas sama ada dermaga itu akan berjaya meningkatkan bantuan kemanusiaan di tengah-tengah amaran pegawai antarabangsa tentang risiko kebuluran di utara Gaza.

Kempen tentera Israel selama enam bulan menentang Hamas telah memusnahkan sebahagian besar Jaluran Gaza dan menjerumuskan 2.3 juta penduduknya ke dalam malapetaka kemanusiaan.

Seorang pegawai kanan pentadbiran Encik Biden, yang bercakap kepada pemberita dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, berkata bantuan kemanusiaan yang tiba di dermaga itu perlu melalui pusat pemeriksaan Israel sekali lagi di Gaza meskipun ia telah pun diperiksa pihak Israel di Cyprus.

Menurutnya, Israel mahu menghalang sebarang bantuan sampai kepada kumpulan Hamas yang boleh meningkatkan keupayaan perang mereka.

Pemeriksaan Israel itu menimbulkan persoalan tentang kemungkinan berlaku kelewatan walaupun selepas bantuan sampai ke pantai.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah lama mengadu tentang halangan untuk mendapatkan bantuan dan mengagihkannya ke seluruh Gaza.

“Saya boleh mengesahkan bahawa kapal tentera Amerika, termasuk USNS Benavidez, telah mula membina dermaga sementara dan menambak laut,” kata jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral Patrick Ryder, kepada pemberita.


Kebimbangan tentang risiko tentera Amerika terperangkap dalam perang Israel-Hamas digariskan pada 14 April apabila berita muncul mengenai serangan mortar berhampiran dermaga itu dibina.

Bagaimanapun, tiada tentera Amerika berada di kawasan dermaga ketika serangan itu berlaku.

Presiden Biden telah mengarahkan tentera Amerika supaya tidak menjejakkan kaki di pantai Gaza.

Jeti itu pada mulanya akan mengendalikan 90 trak sehari, tetapi jumlah itu boleh meningkat kepada 150 trak sehari apabila ia beroperasi sepenuhnya.

PBB berkata purata jumlah harian trak yang memasuki Gaza pada April ialah 200.

Seorang pegawai berkata kira-kira 1,000 tentera Amerika akan menyokong usaha ketenteraan itu, termasuk kerja-kerja penyelarasan di Cyprus dan Israel.

Pihak ketiga akan memandu trak turun dari dermaga ke pantai, tambah pegawai itu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel berkata ia akan menyediakan sokongan keselamatan dan logistik di dermaga tersebut. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >