Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sumbangan pengasas Mustika Ratu dihargai, dapat gelaran tokoh Indonseia

May 06, 2024 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo memberi penghormatan terakhir kepada pengasas Mustika Ratu Group, Allahyarhamha Dr Mooryati Soedibyo, yang meninggal dunia pada 24 April dengan mengunjungi kediaman keluarganya di kawasan Menteng, Jakarta Pusat.


Beliau mengungkapkan penghargaan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarhamha yang dianggap sebagai tokoh nasional.

 “Turut berduka yang sedalamnya atas wafatnya Ibu Dr BRA. Mooryati Soedibyo dalam usia 96 tahun, 24 April. Semoga keluarga, kerabat, serta sahabat yang ditinggalkan dapat ikhlas juga kuat hatinya.

“Terima kasih dan apresiasi yang setinggi-tingginya atas segala jasa, dedikasi, serta kontribusi Ibu Dr BRA. Mooryati Soedibyo sebagai tokoh nasional untuk bangsa dan generasi penerus Indonesia,” kata Encik Jokowi.

Gelaran B.R.A pada pangkal nama Dr Mooryati adalah singkatan kepada ‘Bendara Raden Ayu’ yang diberikan oleh pemerintah kepada golongan putera-puteri Sultan, cucu-cicit sehinggalah generasi di bawahnya.

Allahyarhamha merupakan seorang cucu Raja Jawa yang juga digelar pahlawan nasional Indonesia, Sri Susuhunan Pakubuwana X.

Dilahirkan pada 5 Januari 1928 di Solo, Dr Mooryati membesar di istana, atau keraton, di Surakarta yang sarat dengan kebudayaan Jawa.

Di sini jugalah beliau mengenal tumbuhan berkhasiat, meramu jamu dan kosmetik tradisional daripada bahan semula jadi.

Nenek Dr Mooryati merupakan pemerintah daripada ‘susuhunan’ atau sunan (gelaran bagi maharaja Jawa) kesembilan Kesunanan Surakarta (1893-1939) sekali gus menjadikan keluarga itu ‘susuhunan’ paling lama memerintah dalam sejarah Surakarta.

Pemergian Dr Mooryati disifatkan sebagai ‘kehilangan besar’ buat Indonesia khususnya dalam bidang pembangunan wanita, kecantikan, kosmetik, perawatan tubuh, minuman kesihatan herba dan tradisional yang tidak asing bagi warga Indonesia malah di Singapura, Malaysia dan Brunei. 

Mungkin ramai yang tahu tentang kewujudan produk itu, tetapi tidak mengenali pengasasnya, Dr Mooryati yang bertungkus lumus membangunkan empayar jamu berkenaan di rantau Asia.

Jamu tradisinya mempunyai pelbagai jenis nama dan fungsi seperti Perawatan Remaja Putri, Perawatan Wanita, Kesepuhan dan Sepetan Sari yang sering kelihatan dijual di toko-toko jamu dan salon kecantikan

Selain Mustika Ratu, Dr Mooryati juga mengasaskan Yayasan Puteri Indonesia (YPI) dan merupakan pengeluar filem.

Di samping bidang kecantikan, Dr Mooryati turut berkecimpung dalam dunia politik sebagai Wakil Ketua Majlis Perwakilan Rakyat (MPR) dari 2004 hingga 2009.

Cantik dan pintar. Begitulah gambaran masyarakat terhadap Dr Mooryati sejak dahulu lagi.

Allahyarhamha merupakan alumni Universiti Saraswati, Universiti Terbuka dan Universiti Sebelas Maret Surakarta. Gelaran Doktor ijazah kedoktoran diperoleh dari Universiti Indonesia dalam jurusan Ekonomi.

Bukan itu sahaja, Dr Mooryati merupakan penerima gelaran doktor tertua di Indonesia dan tercatat dalam Rekod Muzium Dunia Indonesia (Muri).

Dr Mooryati menikah ketika berusia 37 tahun dan mendirikan rumah tangga dengan Encik Soedibyo Purbo Hadiningrat pada 1965, kemudian mengikuti suaminya bertugas di Sumatera Utara.

Sebagai suri rumah, beliau juga mempunyai hobi meminum jamu dan jamunya menjadi ikutan wanita lain.

Beliau menggunakan resipi asli Keraton Surakarta untuk membuat ramuan jamu dan kosmetik daripada bahan semula jadi.

Jamunya itu mula digemari dan mendapat banyak tempahan. Di situlah bermulanya idea untuk berniaga.

Beliau merintis perniagaan jamu dari garaj rumahnya pada 1973 dengan modal 25,000 rupiah ($2.10) untuk membangunkan Mustika Ratu.

Empayar Dr Mooryati berkembang ketika umurnya 45 tahun.

Daripada dua pekerja, ia meningkat menjadi 25 dan kemudiannya naik ke 50 orang. Kesemua pekerja itu mendiami rumahnya.

Pada 1981, Cik Mooryati membangunkan gedung sendiri hasil pinjaman bank berjumlah 100 juta rupiah untuk memajukan Mustika Ratu.

Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi dalam memartabatkan produk tempatan Indonesia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >