Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia arah semua pusat sembelih ayam dapatkan sijil halal

May 06, 2024 | 01:49 PM



JAKARTA: Kementerian Perdagangan Indonesia mengarahkan semua pusat penyembelih ayam di negara itu supaya mendapatkan pensijilan halal mulai Oktober 2024 bagi memastikan kualiti produk ayam itik yang dikeluarkan.


Menterinya, Encik Zulkifli Hasan, menekankan kepentingan garis panduan baru itu yang meliputi pelbagai aspek penyembelihan serta pemprosesan dengan mematuhi standard halal.

Garis panduan ini selaras dengan keputusan pemerintah Indonesia untuk semua perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam sektor makanan supaya memperoleh pensjilan halal menjelang Oktober.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata: “Keputusan ini menyasarkan untuk melonjakkan keyakinan pengguna, terutamanya dalam kalangan pengguna Muslim, dan meningkatkan persaingan produk Indonesia di peringkat global.”

Beliau juga menekankan keperluan menyegerakan pelaksanaan pensijilan halal mandatori dan menyatakan ia seharusnya menjadi keutamaan.

“Pensijilan halal adalah penting. Jika tidak sekarang, bila lagi? Kita tidak boleh menunggu selama-lamanya,” kata beliau, dipetik Bernama.


Pada 1 April lalu, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME), Encik Teten Masduki, menyatakan kebimbangannya bahawa menepati tarikh tutup untuk pensijilan halal mungkin mencabar terutamanya SME dalam sektor masak-memasak.

Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BJPJH) Kementerian Ehwal Agama sedang mempercepatkan proses pensijilan halal, menerusi kempen Halal Mandatori Menjelang Oktober 2024 sejak 2023.


Kempen itu mendidik pemilik perniagaan, pihak berkepentingan dan orang awam mengenai keperluan perundangan untuk pensijilan produk diedarkan di Indonesia yang mempunyai bilangan penduduk Islam terbesar di dunia.

Ia sejajar dengan fasa pertama pensijilan mandatori mulai Oktober ini, yang meliputi tiga kumpulan produk – makanan dan minuman, bahan mentah serta produk dan perkhidmatan sembelih.

Pada April lalu, BPJPH melaksanakan acara pendaftaran pensijilan halal serta-merta di 5,040 lokasi.

Mereka juga melaksanakan program pemantauan bersepadu di 1,068 lokasi termasuk kemudahan makanan dan minuman, serta pusat penyembelihan di 34 wilayah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >