Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Vardy diangkat sebagai legenda Leicester City

Jaringan dua gol bantu Leicester juarai Liga Kejuaraan
Apr 30, 2024 | 05:16 PM



PRESTON: Dua gol jaringan Jamie Vardy cukup membantu Leicester City menjuarai Liga Kejuaraan selepas pasukan yang digelar Foxes itu yang dinaikkan kembali ke Liga Perdana England (EPL), menang ke atas Preston North End.


Penyerang England berusia 37 tahun itu, yang pernah membantu pasukan tersebut menjuarai EPL dan Piala FA, menambah kepada reputasinya sebagai legenda Leicester dengan satu jaringan dalam setiap separuh masa perlawanan.

Secara keseluruhannya beliau menjaringkan 20 gol dalam musim kali ini untuk semua pertandingan.

Kasey McAteer kemudian menambah gol ketiga hasil tandukan jarak dekat buat Leicester yang begitu menyerlah dalam perlawanan tersebut.

Leicester menjadi kelab keempat selepas Burnley, Fulham dan Norwich, yang berjaya dinaikkan ke EPL sejurus tersingkir dalam satu musim.

Leicester kini boleh menyamai rekod 104 tahun bagi kemenangan terbanyak dalam divisyen kedua, apabila mereka bertemu Blackburn dalam perlawanan terakhir pada 4 Mei.

Sebelum ini, Tottenham telah mencatat 32 kemenangan dalam divisyen tersebut bagi musim 1919 hingga 1920.

Sebanyak 31 kemenangan yang diraih Leicester dalam Liga Kejuaraan bermakna mereka telah menyamai rekod sendiri sebelum ini yang dicatat sekitar sedekad lalu apabila mereka dinaikkan ke EPL.

Kemenangan ke atas Blackburn kelak bermakna Leicester akan menjadi kelab pertama yang dinaikkan ke EPL dengan meraih 100 mata atau lebih.

Pengurus Leicester, Enzo Maresca, yang dilantik selepas pasukan itu tersingkir daripada EPL, menyifatkan peluang dinaikkan semula ke EPL merupakan pencapaian amat hebat selepas kempen musim yang mencabar kali ini.

“Akhirnya kami berjaya melakukannya dan membawa semula kelab ini ke tempat yang sepatutnya,” katanya kepada satu siaran radio setempat.

“Pada masa ini kami dapat menarik nafas lega, dan pada masa ini kita dapat menikmati kejayaan yang dikecapi,” jelasnya lagi.

Sementara itu Preston yang menduduki tangga ke-10 Liga Kejuaraan, telah memberi persaingan hebat kepada Leicester dalam perlawanan tersebut.

Penjaga gawang Preston, Freddie Woodman, juga dapat bergegas keluar dari kawasannya untuk menghalang Vardy, sebelum menyekat McAteer, yang cuba menanduk masuk bola ke gawang.

Namun Vardy yang merupakan penjaring terbanyak Leicester meletakkan pasukannya di hadapan dengan jaringannya pada minit ke-36.

Vardy sekali lagi bertindak cemerlang dengan jaringan kedua pasukannya pada minit ke-52.

McAteer kemudian mendapatkan jaringan ketiga buat Leicester pada minit ke-67.

Dalam tempoh 12 tahun bersama Leicester, Vardy sudah menjaringkan 190 gol dalam 463 perlawanan yang melibatkannya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >