Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

7 perkara tentang ragbi 7 sepasukan

May 02, 2024 | 05:30 AM



Apakah sukan ragbi tujuh pemain sepasukan (7s)? Bagaimana ia dimainkan dan dari mana asal usulnya? Berita Harian (BH) menyenaraikan tujuh perkara mengenai permainan 7s?



Siapa yang mencipta ragbi 7s?

Ragbi 7s dicipta di Melrose, Scotland pada 1883. Penjual daging, Ned Haig dan David Sanderson, adalah pencipta format ragbi itu, yang sebahagian besarnya digunakan bagi mengumpul dana untuk kelab tempatan mereka, Melrose RFC. 

Format itu dengan pantas menjadi sangat popular di serata dunia kerana ia memerlukan bilangan pemain yang lebih sedikit berbanding perlawanan ragbi 15 pemain sepasukan (15s). Permainan ragbi 7s juga dimainkan dengan lebih laju dan gaya yang menarik. 


Berapa lama perlawanan ragbi 7s dimainkan?

Perlawanan ragbi 7s terdiri daripada dua separuh yang dimainkan selama tujuh minit dan maksimum dua minit untuk separuh masa. 


Berapa ramai pemain dalam pasukan ragbi 7s?

Setiap pasukan akan menurunkan tujuh pemain dalam perlawanan. Bagi menggunakan skuad penuh mereka, pasukan boleh mencalonkan dan menurunkan sehingga lima pemain pengganti dalam mana-mana satu perlawanan.


Apa peraturan ragbi 7s?

Peraturan ragbi 7s sebahagian besarnya serupa dengan ragbi 15s, namun ada sedikit variasi dari segi melakukan sepakan ‘conversion’ yang menggunakan ‘drop kick’, atau tendang lantun, dan skrum yang hanya melibatkan enam pemain sahaja.

Pemain harus melontar bola ke belakang dan mereka harus menumbangkan lawan untuk menyekat peluang jaringan.


Bagaimana anda menjaringkan mata dalam ragbi 7s? 

Terdapat beberapa cara untuk menjaringkan mata dalam ragbi 7s. Ini termasuk try (lima mata), sepakan ‘conversion’ (dua mata), try penalti (tujuh mata), penalti dan tendang lantun (kededua tiga mata).


Apakah posisi pemain dalam ragbi 7s?

Terdapat tujuh posisi dalam pasukan ragbi 7s. Dibahagikan kepada tiga posisi ‘forward’ dan empat ‘back’, pemain selalunya dikehendaki mengisi pelbagai posisi dalam format ragbi ini.

Posisi ‘forward’ ialah dua prop dan seorang ‘hooker’, atau huker. Posisi ini diambil oleh pemain paling fizikal dalam pasukan dan semua ketiga-tiga pemain bersaing dalam skrum.

Posisi ‘back’ ialah ‘scrum-half’ atau juruskrum, ‘fly-half’ atau jurulayang, pemain tengah dan pemain sayap. Begitu juga dengan ragbi 15s, ia adalah juruskrum dan jurulayang yang mengatur permainan di atas padang, sementara pemain sayap dan pemain tengah akan menyempurnakan peluang jaringan.


Apakah maksud kad kuning dan merah dalam ragbi 7s?

Menerima kad kuning dalam ragbi 7s akan menyaksikan pemain meninggalkan padang selama dua minit. Seperti dalam ragbi 15s, kad merah bermakna pemain tidak boleh kembali ke padang permainan atau digantikan oleh rakan sepasukan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >