Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Sengketa DAP, MCA boleh jejas peluangPH menang undi di Kuala Kubu Bharu?

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sengketa DAP, MCA boleh jejas peluangPH menang undi di Kuala Kubu Bharu?

May 02, 2024 | 05:30 AM



Beberapa hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu pada 27 April, Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, menerusi akaun media sosialnya memuat naik satu video meluahkan rasa kesalnya terhadap Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang disifatkan sering mengkritik serta menghina parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.

Selama ini pun memang diketahui permusuhan antara MCA dengan DAP.

Namun perseteruan itu kelihatan reda apabila BN menyokong Kerajaan Perpaduan.

Tetapi hakikatnya, sehingga ke hari ini, MCA dan DAP tidak mampu mengorbankan ego masing-masing.

Lantaran itu, Datuk Wee menjadikan alasan DAP sering mengkritik MCA sebagai ‘modal’ untuk menegaskan parti itu tidak akan turun berkempen pada PRK DUN Kuala Kubu Bharu, selain kesal BN tidak meletakkan calon untuk bertanding di situ.

Penyertaan MCA mutakhir ini dalam siri pilihan raya, khususnya di Selangor agak terhad.

Parti itu turut mengambil keputusan tidak bertanding sebarang kerusi DUN pada pilihan raya negeri (PRN) pada 2023.

Rasa kurang senang antara sesama dua parti dikuasai masyarakat Cina itu diakui sendiri Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan Datuk Ahmad Zahid pada hari penamaan calon pada 27 April, yang menaruh harapan supaya MCA sudi turun membantu kempen calon dipilih Pakatan Harapan (PH), Cik Pang Sock Tao, menggambarkan ada yang tidak kena khususnya tahap kerjasama parti.

Ia bukan saja membabitkan parti dalam Kerajaan Perpaduan, bahkan dalam BN juga.

Setakat ini belum ada gerak kerja jelas dalam jentera MCA untuk membantu kempen calon PH di Kuala Kubu Bharu.

Bilik gerakan dan operasi PRK MCA juga tidak dibuka, sekali gus dijangka tiada pasukan MCA berkempen dari rumah ke rumah bagi merayu pengundi Cina sepanjang tempoh berkempen itu.

Tindakan protes, boikot
bakal jejas kempen

Selain MCA melakukan bantahan, nada yang sama juga diketengahkan Kongres India Malaysia (MIC).

Namun, sejauh mana tindakan bantahan dan boikot itu bakal menjejas kempen dan gerak kerja calon Kerajaan Perpaduan, ia masih terlalu awal untuk dijelaskan.

Ini memandangkan tempoh berkempen dan gerak kerja PRK masih berada di fasa permulaan.

PH mungkin boleh menarik nafas lega apabila Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, baru-baru ini menyatakan parti itu sedia turun membantu kempen PRK, termasuk membuka bilik gerakannya.

Ia dilihat bakal membantu Kerajaan Perpaduan menarik keyakinan pengundi India di sana, untuk sekurang-kurangnya turun mengundi.

Namun, di sebalik komitmen MIC mahu turun berkempen, mereka juga meletakkan syarat besar iaitu mahu supaya banyak isu yang dihadapi masyarakat India di sana diselesaikan segera serta mendapat perhatian penuh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 40,226 orang pengundi di DUN berkenaan, 39,362 orang adalah pengundi biasa, manakala seramai 625 pengundi adalah anggota polis dan pasangan, tentera pula seramai 238 dan pasangan serta seorang pengundi luar negara.

Kira-kira 46 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, sementara Cina sekitar 30 peratus.

DUN Kuala Kubu Bharu memiliki sekitar 6,000 pengundi India atau mewakili 18 peratus daripada keseluruhan pengundi.

Dua pusat daerah mengundi merekodkan jumlah tinggi pengundi India adalah di Bukit Tagar dan Kerling. Baki peratusan pengundi adalah masyarakat Orang Asli.

Ketika PH dan BN terus bergelut untuk meraih sebanyak mungkin undi Melayu, sandaran calon Kerajaan Perpaduan untuk mengekalkan kemenangan dalam PRK kali ini amat bergantung kepada undi bukan Melayu.

Undi bukan Melayu amat penting, malah boleh dianggap sebagai ‘deposit tetap’ mampu menjamin kemenangan PH pada 11 Mei.

Jika undi mereka berpecah atau kempen boikot digerakkan secara senyap kepada pengundi India berhasil, kesannya sudah tentu kepada pola sokongan yang bakal diterima calon Kerajaan Perpaduan.

Justeru, masalah dalaman kalangan parti Kerajaan Perpaduan khususnya MCA, MIC dan DAP wajar diselesaikan segera.

Persengketaan berterusan akan memberi kesan besar dan mampu mempengaruhi sentimen sokongan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan.

Walaupun rekod dan prestasi Kerajaan Perpaduan dalam mentadbir negara, bakal dijadikan bahan utama sepanjang tempoh berkempen, namun perlu sama diakui stigma rakyat khususnya masyarakat luar bandar terhadap kerajaan hari ini juga tidak begitu mengukuh, terutama dalam isu berkait kenaikan harga barang, kos sara hidup dan sebagainya.

Saingan kuat dalam PRK DUN Kuala Kubu Bharu adalah antara PH dengan Perikatan Nasional (PN). Masing-masing kini memegang dan memiliki kumpulan penyokongnya sendiri.

Oleh itu, kemenangan parti di DUN itu banyak bergantung kepada sejauh mana parti bertanding mampu mengekalkan sokongan menerusi pengundi masing-masing.

Artikel ini merupakan sedutan rencana yang kali pertama disiarkan di Berita Harian Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >