Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gunung berapi Ruang meletus lagi, amaran berjaga-jaga paling tinggi

Apr 30, 2024 | 02:08 PM



JAKARTA: Gunung berapi Ruang di Sulawesi Utara meletus pada 30 April, memuntahkan abu dan lahar selepas letusan awal bulan ini menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan dan lapangan terbang ditutup.


Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG) Indonesia menaikkan tahap amaran kepada paras tertinggi, berikutan letusan pagi 30 April, menggesa penduduk supaya tidak mendekati gunung berapi itu, menurut laman webnya.

Pulau Ruang di wilayah Sulawesi Utara menempatkan lebih 800 penduduk, kebanyakannya telah dipindahkan berikutan letusan awal April.

Tidak jelas berapa ramai lagi yang dipindahkan pada 30 April.

Agensi mitigasi bencana negara tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas tentang keadaan di situ.

Rakaman di media sosial pada 30 April, yang tidak dapat disahkan dengan segera oleh Reuters, menunjukkan lahar mengalir menuruni gunung berapi itu yang terletak kira-kira 100 kilometer dari ibu kota wilayah Manado.

Pihak berkuasa pengangkutan menutup sementara lapangan terbang Manado selepas letusan awal manakala batu dan abu yang jatuh memusnahkan rumah dan memaksa hospital berdekatan dipindahkan.

Pihak berkuasa menurunkan tahap status ke tahap 3 minggu lepas, sebelum menaikkannya semula ke tahap 4 pada 30 April.

Menurut laporan Kompas.com pada 29 April, sekitar tengah malam waktu Indonesia, tercatat 15 kali gempa guguran, 237 kali gempa Vulkanik dangkal, 425 kali gempa vulkanik dalam, 15 kali gempa tektonik lokal dan enam kali gempa tektonik jauh.


“Pada tanggal 30 April 2024 sekitar 1.15 dinihari waktu Indonesia, letusan berlaku dengan kepulan asap menjulang setinggi 2,000 meter dari puncak Gunung Ruang, disertai letupan kuat dan gempa susulan,” lapor Kompas.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >