Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet triatlon Choo Ling Er beraksi semula 4 bulan lepas cedera

Apr 29, 2024 | 02:46 PM



Walaupun beliau menghidap selesema beberapa hari sebelum acara Ironman 70.3 Lapu-Lapu, atlet triatlon Choo Ling Er berazam menamatkan perlumbaan tersebut di Cebu, Filipina.

Ia adalah perlumbaan separuh triatlon Ironman pertamanya, selepas beliau terpaksa berehat setelah tulang belakangnya retak akibat satu kemalangan jalan raya pada Disember 2023.

Walaupun tidak berada dalam kesihatan baik, Choo berjaya menamatkan perlumbaan tersebut dalam tempoh lima jam, tujuh minit dan 28 saat pada 21 April untuk menduduki tempat pertama dalam kategori wanita berusia 35 hingga 39 tahun.

Beliau mengalahkan atlet warga Indonesia, Bianca Marcon (5 jam 11 minit 16 saat) dan atlet warga Jepun, Yuko Takahashi (5 jam 57 minit 51 saat).

Namun, atlet berusia 36 tahun itu tidak dapat meraikan kemenangannya kerana penyakitnya bertambah buruk sejurus selepas perlumbaan itu, lapor The Straits Times (ST)


Beliau yang alami demam dan menggigil, tidak dapat meninggalkan katil di hotelnya sehingga 23 April – tarikh beliau perlu menuju ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Singapura.

Walaupun beliau masih dalam proses penyembuhan, Choo tidak menyesal bersaing di Filipina.

“Saya benar-benar mahu berlumba selepas berehat selama empat bulan. Saya pergi ke Phuket hanya untuk sampai ke kemuncak perlumbaan ini, jika tidak, masa dua setengah minggu saya berada di sana akan jadi sia-sia.

“Oleh itu, saya fikir ada baiknya saya terus melakukannya dan melihat sebaik mana prestasi saya,” ujar beliau.

Laluan untuk kembali ke arena sukan itu bukanlah mudah buat Choo sejak nahas jalan raya pada 2023 itu, apabila beliau yang sedang berbasikal untuk bertemu rakan-rakannya, dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta.

Walaupun beliau boleh berjalan, beliau tidak dibenarkan berlatih selama lima minggu, termasuk mengangkat berat.

Ini bermakna Choo tidak dapat mengendong anak perempuannya, Kira, yang berusia dua tahun pada Mei.

Itu amat sukar dan menyedihkan beliau, terutama ketika Kira menangis.

Choo, yang tidak menjalani pembedahan, mula kembali berlatih sedikit demi sedikit pada Februari.

Bagaimanapun, beliau tidak berlatih selama 20 hingga 25 jam seminggu seperti yang dilakukan sebelum kemalangan itu.

Sebaliknya, beliau berlatih selama 10 hingga 15 jam dan memberi tumpuan kepada senaman regangan dan hot yoga (yoga panas) untuk mengaktifkan ototnya.


Walaupun beliau berasa sukar berlatih secara beransur-ansur, beliau memahami pentingnya tidak tergesa-gesa dalam proses latihannya. Bahkan, ini bukanlah tempoh pemulihan pertama yang dilaluinya.

Pada 2009, beliau terpaksa berehat selama setahun kerana mengalami kecederaan selepas basikalnya berlanggar dengan sebuah kereta semasa satu sesi latihan.

Dengan selesainya acara di Cebu, Choo kini menyasar menyertai perlumbaan separuh triatlon Ironman di pantai Desaru pada Mei, jika beliau semakin pulih daripada kecederaannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >