Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

PPIS anjur acara agih makanan segar bagi keluarga susah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERSATUAN PEMUDI ISLAM SINGAPURA (PPIS)

PPIS anjur acara agih makanan segar bagi keluarga susah

Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Setiap tahun, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menganjurkan kempen bagi mengumpul dana, Ihsan Ramadan. Bertemakan ‘Raikan Sinaran’, kempen ini bertujuan mengumpul dana sebanyak $481,000 untuk mengekal serta meningkatkan program dan perkhidmatan kepada benefisiari badan tersebut.


Melalui kempen ini, PPIS berharap dapat mengiktiraf dan meraikan impak yang tidak ternilai, melalui pemberian penderma, kepada benefisiari PPIS.

Pusat Khidmat Keluarga (FSC) PPIS Barat, telah mengadakan acara pengagihan makanan segar baru-baru ini. Acara RELIGHT, Fresh Produce Day , menawarkan kepada 70 keluarga berpendapatan rendah, sempena kedatangan Ramadan ini.


Dalam acara ini, benefisiari menerima sajian segar serta resepi untuk menyiapkan juadah sihat buat berbuka puasa dan bersahur. Sayuran segar ini dihasilkan dari kebun Rise Above Halfway House (RAHWH).

Salah seorang penerima bantuan PPIS, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Misriati, 56 tahun, melahirkan rasa terima kasih di atas sokongan yang diterima daripada PPIS FSC Barat sejak 2019.

Dibelenggu dengan isu kesihatan kronik membuatkan beliau dan suaminya menghadapi masalah kewangan. Bantuan dan sokongan daripada PPIS, membuat keluarga beliau mampu menghadapi cabaran yang mendatang dengan harapan dan kesungguhan yang kental.

Cik Misriati juga mengharapkan sokongan berterusan daripada PPIS. Beliau berkata:

“Bantuan yang diterima daripada PPIS ini penting dalam membentuk masa depan yang lebih cerah untuk keluarga saya, terutamanya sehingga proses pengambilan anak angkat ini tamat.”

Salah seorang penduduk di rumah RAHWH, Cik Sheila (bukan nama sebenar), mendapat manfaat daripada program penyepaduan serta integrasi semula ke dalam komuniti, bagi memudahkan pemulihan, latihan, pekerjaan, serta integrasi kepada keluarga.

Sebagai seorang ibu, beliau berkongsi bahawa usahanya kini adalah untuk menyambung semula ikatan kekeluargaan bersama anak-anaknya.

Dengan sokongan pekerja sosial di RAHWH, beliau bekerja keras dan berusaha kembali bersama-sama dengan masyarakat.

Beliau berasa galakan dan sokongan yang diterima selama ini amat memberangsangkan, dan bercita-cita ingin membalas segala kebaikan tersebut, dengan menyumbang kembali kepada masyarakat dengan cara tersendiri.

Baru-baru ini, semasa berada di restoran makanan segera, Cik Sheila berkongsi bahawa seorang budak lelaki di hadapannya tidak mempunyai wang yang cukup di dalam kadnya untuk membayar pesanan makanannya.

Beliau membayar makanan budak lelaki tersebut.

“Saya memberi, kerana saya faham, bagaimana rasanya apabila kehidupan kita serba kekurangan.”

MENGENAI PPIS


Ditubuhkan pada 1952, PPIS merupakan badan perkhidmatan sosial yang memberi tumpuan kepada perkhidmatan untuk wanita, keluarga dan kanak-kanak. PPIS menjalankan tiga perkhidmatan komuniti teras: Perkhidmatan Keluarga, Penjagaan Pelajar, dan Kemudahan Kediaman, berfungsi sebagai rumah peralihan sekular, atau Halfway House, bagi wanita yang terlibat dalam program pemulihan komuniti.

Dengan 11 pusat di seluruh daerah, perkhidmatan ini bekerjasama dengan lancar serta menyediakan sokongan yang bermutu dan holistik. Program pembangunan untuk kaum wanita dan keluarga mereka, merentasi pelbagai fasa kehidupan. PPIS membantu lebih 17,000 benefisiari wanita tahun lalu, melalui kes kerja (casework), kaunseling, terapi keluarga, asuhan dan keperluan pendidikan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut atau memberikan sumbangan, sila kunjungi laman www.ppis.sg/pir.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >