Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

NEA bakal perkenal teknologi kesan tempat pembiakan tikus

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NEA bakal perkenal teknologi kesan tempat pembiakan tikus

Apr 15, 2024 | 05:57 PM



Lebih banyak usaha akan dilakukan bagi menangani pembiakan tikus di sini termasuk menggunakan teknologi baru selepas lubang tikus yang dikesan meningkat hampir 25 peratus, daripada 4,163 pada 2022 kepada 5,203 pada 2023.

Mendedahkan demikian sempena Tahun Kebersihan Awam, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) berkata ia akan melancarkan teknologi pengesanan terma yang boleh memantau tikus dalam gelap. 

Penggunaan teknologi sedemikian adalah sebahagian daripada pelbagai daya usaha dan program NEA pada 2024, dalam meningkatkan usahanya untuk mengekalkan tahap kebersihan awam yang tinggi.

Penguatkuasaan yang dipertingkat dan penggunaan teknologi yang lebih meluas, akan dimanfaatkan dalam usaha menangani tandas awam serta kawasan yang kotor.

Masyarakat juga akan dilibatkan dalam pelbagai program dan inisiatif sempena Tahun Kebersihan Awam.

Pada 5 Mac, Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) telah menetapkan 2024 sebagai Tahun Kebersihan Awam, dalam usaha memupuk tanggungjawab kolektif serta menggalakkan usaha seluruh negara untuk mengekalkan piawaian kebersihan Singapura.

Dalam kenyataannya, NEA berkata teknologi pengesanan terma bakal dipasang di tapak sensitif bagi mengawas tikus di tempat-tempat yang gelap.

Namun kawasan yang menjadi ‘titik panas’ pembiakan tikus belum dikongsi.

Penggunaan teknologi baru itu akan menjalani uji cuba selama empat bulan.

Pemasangan pengesanan terma akan bermula minggu hadapan di dua lokasi yang sudah dikenal pasti.

Empat hingga lapan kamera pengawasan dengan keupayaan pengesanan terma akan dipasang di setiap lokasi sepanjang tempoh dua minggu.

NEA kemudian akan menganalisis data dan menghubungi pihak berkepentingan untuk penglibatan yang disasarkan.

Tindakan penguatkuasaan boleh diambil bergantung kepada pemerhatian dan pemeriksaan susulan yang dijalankan oleh NEA.

Satu lagi pusingan penggunaan kamera terma selama dua minggu mungkin dijalankan untuk mengukur kejayaan dan keberkesanan langkah-langkah intervensi.

Di samping itu, dalam meningkatkan tahap kebersihan tandas awam, MSE bakal menubuhkan Pasukan Bertindak Tandas Awam yang dipengerusi bersama oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Encik Baey Yam Keng dan Timbalan Pengerusi Majlis Kebersihan Awam (PHC), Encik Andrew Khng.

Tanggungjawab pasukan itu termasuk mengkaji cara untuk meningkatkan kebersihan tandas awam yang kurang berprestasi, khususnya tandas di kedai kopi dan pusat penjaja serta menubuh langkah bagi mempertingkatkan piawai kebersihan untuk semua tandas awam, termasuk prasarana, pembersihan dan pendidikan awam.

Bakal dilancarkan pada Mei, pasukan itu terdiri daripada wakil agensi sektor awam, majlis perbandaran, persatuan perdagangan, pertubuhan bukan pemerintah, ahli akademik, profesional, pengurus premis, dan persatuan industri.

Bagi kawasan yang kotor, NEA akan meningkatkan penguatkuasaan pada 2024, meningkatkan penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) sehingga empat kali ganda, serta bekerjasama dengan pihak berkepentingan masyarakat dalam mengenal pasti pesalah yang membuang sampah sebarangan.

NEA turut memanfaatkan teknologi baru seperti penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analitik video untuk mengesan tahap kebersihan dalam kawasan awam serta taman.

Teknologi seperti itu membenarkan NEA untuk memantau kawasan yang lebih luas dan meningkatkan produktiviti.

Tender untuk teknologi AI sedemikian bakal dibuka pada Ogos 2024.

Selain itu, penggunaan teknologi deria bakal dilancarkan akhir 2024 dalam usaha memantau dan memberi amaran kepada pembersih tentang keadaan longkang di beberapa bahagian tertentu di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >