Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Masjid gigih cari dana sepanjang Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID DARUL MAKMUR

Masjid gigih cari dana sepanjang Ramadan

Anggaran kos peningkatan berjumlah $15 juta
Mar 29, 2024 | 05:30 AM



Dalam bulan Ramadan di mana umat Islam sedang sibuk mengerjakan amal kebaikan untuk meraih pahala yang berlipat ganda, Masjid Darul Makmur juga giat mengumpul dana bagi program peningkatan.

Kerja peningkatan ini telah bermula pada penghujung bulan April 2023. Warga kerja masjid mengharapkan sokongan dan sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses peningkatan mampu berjalan dengan lancar.

Masjid yang sudah dibangunkan selama 36 tahun itu, perlu dipertingkat agar ia dapat menerima lebih ramai lagi jemaah apabila siap kelak di samping memberi keselesaan kepada jemaah yang semakin bertambah saban hari.

Ini penting kerana banyak flat baru Bina Ikut Tempahan (BTO) yang telah siap dan sedang juga dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun dan Khatib. Anggaran kos projek peningkatan masjid ini adalah sebanyak $15 juta.

Imam Eksekutif Masjid di Masjid Darul Makmur, Ustaz Mohamad Ghouse Khan Suratte, berkata:

“Ayuh, dalam kesempatan peluang yang ada ini, kita mengejar peluang terbesar dan jalan keluar terbaik untuk meraih keuntungan akhirat dengan bertindak segera berpandukan mutiara ilmu daripada Al-Quran.

“Ada mutiara daripada Al Quran memberitahu kita bahawa ahli kubur itu apabila diberi peluang balik ke dunia, mereka hanya ingin bersedekah sahaja, bukan membuat ibadah haji, bukan solat, bukan berpuasa dan ibadah-ibadah lain, kemudian mereka menyakini jika mereka dapat berbuat demikian mereka akan masuk dalam golongan orang yang soleh di akhirat.”

Beliau menukil firman Allah swt: “Dan berbelanjalah sebahagian daripada apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang antara kamu; lalu ia berkata: ‘Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sebentar lagi, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh’.” (Surah Al Munafiqun, ayat 10).


Ustaz Ghouse juga berkongsi perihal sedekah itu terbahagi kepada tiga bahagian secara ringkas:

“Jika sedekah itu pengeluaran wang yang wajib namanya zakat, jika sedekah itu untuk perkara yang meninggikan agama Allah walaupun manfaatnya hanya sementara namanya infak atau derma, jika sedekah itu untuk mengekalkan bangunan masjid atau madrasah itu namanya wakaf.”

Perkara kedua yang perlu kita ingat dalam bersedekah, jika kita belanja harta atau wang kita untuk kepentingan dunia atau untuk keinginan nafsu sendiri ia mengurangkan harta dan wang kita. Ini berbeza daripada sedekah untuk jalan Allah atau berwakaf, sabda junjungan besar kita baginda saw:


“Tidak akan berkurang harta kamu jika dikeluarkan dengan sedekah, malah ia menambahkan , malah ia menambahkan, malah ia menambahkan.”

Menurut Masjid Darul Makmur, apabila selesai peningkatannya, ruang yang lebih luas dan auditorium yang lebih selesa dapat dimanfaatkan oleh semua jemaah, terutama sekali oleh golongan dewasa dan pelajar madrasah yang menghadiri kelas pengajian di masjid ini.

Antara tumpuan utama sewaktu peningkatan ini ialah untuk menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah, membina dewan serba guna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.

Ruang yang lebih luas yang dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian atau zon secara tersendiri juga akan dipertimbangkan dalam lakaran pelan peningkatan masjid agar dapat memenuhi langkah pengurusan selamat pada masa hadapan jika diperlukan.

Ketiga, orang yang mencintai rumah Allah dan sentiasa membantu menegakkannya dan menambahkan daripada hartanya apa yang terkurang di rumah Allah swt, akan mendapat ganjaran dimasukkan ke dalam golongan orang yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid. Ada hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra: “Salah satu daripada tujuh golongan yang akan diberikan perlindungan Allah pada hari tiada terjumpa mana-mana perlindungan ketika itu melainkan perlindungan Allah ialah ‘pemuda (pemudi) yang hatinya terpaut dengan masjid.”


Buat masa ini, masjid ini amat berterima kasih kepada kumpulan belia yang sering meluangkan masa dan menghulurkan tenaga untuk membantu operasi masjid selaku sukarelawan.

“Entah esok entah lusa kita akan pergi menghadap Allah dan tidak akan menyesal ketika itu jika kita pernah mewakafkan sebuah rumah Allah dengan kadar yang semampu kita.

“Mari kita mewakafkan sebahagian daripada harta kita kali ini untuk Masjid Darul Makmur,” rayu Ustaz Ghouse lagi.

Buat masa ini, ruang masjid boleh menampung 3,000 jemaah dan apabila selesai projek peningkatan, ia bakal menampung 4,600 jemaah. Ini bermakna ruang yang ditambah boleh memuatkan 1,600 jemaah lagi.

Masjid Darul Makmur berharap dapat mengumpulkan baki $4.5 juta dalam masa sembilan bulan akan datang.

Untuk pertanyaan mengenai cara menderma boleh hubungi masjid di talian 6752-1402 pada waktu pejabat.

HULUR SUMBANGAN


Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur juga boleh dilakukan dengan:

1. PayNow ke UEN: S87MQ0033J (rujukan: Wakaf MUP).

2. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 581-652138001.

3. Kiriman cek atas nama ‘MASJID DARUL MAKMUR dan poskan ke alamat 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099.

4. Hadir di kaunter sementara Masjid Darul Makmur di Masjid Assyafaah pada waktu pejabat.

5. Hubungi pejabat masjid di talian 6752-1402 untuk pengambilan derma $500 ke atas dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >