Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Guna wadah TikTok bagi kongsi ilmu bahasa isyarat

Terima sambutan baik dengan salah satu video yang dimuat naik catat 38,000 tontonan
Apr 28, 2024 | 02:55 PM



Apabila Cik Nur Aida Poh Muhammad Aizat Poh memulakan akaun TikTok @aidapohsts pada Disember 2021 untuk mengajar asas Bahasa Isyarat Singapura (SgSL), ia semata-mata bagi memberikan pendedahan kepada masyarakat umum yang ingin berjinak-jinak dengan bahasa isyarat.


Menurut Buku Kerja Persatuan Orang Pekak Singapura (SADeaf), SgSL adalah bahasa isyarat yang digunakan di Singapura.

Ia adalah gabungan Bahasa Isyarat Shanghai, Bahasa Isyarat Amerika Syarikat dan bahasa isyarat yang dibangunkan di Singapura.

Beliau, yang bekerja sebagai penolong pengkaji, tidak menyangka akan mendapat sambutan menggalakkan.

Setakat ini, salah satu video yang dimuat naik malah mencatat 38,000 tontonan – iaitu yang tertinggi.




@aidapohsts

PART I: A – G redoing the alphabet bc the previous ones were so low quality :”) follow for more sign! 🫶🏻 #sgsl #singaporesignlanguage #signlanguage #singapore #🇸🇬 #sign #sgtok #asl #alphabet

♬ original sound - Aida 🐰 - Aida 🐰



Berkongsi kepada Berita Harian (BH) ketika dihubungi melalui panggilan telefon, anak tunggal berusia 26 tahun, itu menjelaskan:


“Oleh kerana saya sudah mempunyai pengetahuan berbahasa isyarat pada waktu itu, ada yang tanya di mana mereka boleh mempelajarinya.

“Saya tebalkan muka dan luangkan masa untuk mencipta dan memuat naik video asas (bahasa isyarat) supaya ia menjadi perantara bagi mereka yang ingin mendalaminya dengan lebih lanjut.

“Saya amat tertarik melihat bilangan individu yang berminat dan ingin pelajari atau mula pelajari SgSL.”

Daripada sambutan memberangsangkan yang diterima menerusi video yang dimuat naik, beliau menyatakan ia petanda positif terhadap keinginan orang ramai untuk mempelajari SgSL.

Bahkan beliau menambah ada yang menggunakan wadah TikTok miliknya – yang mengandungi kandungan seperti cara mengira, bahasa isyarat bagi abjad-abjad serta frasa-frasa yang sering digunakan di Singapura – sebagai persiapan sebelum menghadiri kelas bahasa isyarat.

Cik Nur Aida berkongsi bahawa beliau mula mempelajari bahasa isyarat secara tidak formal melalui tunjuk ajar ibu bapanya tatkala beliau membesar.

Ia khusus untuk berkomunikasi dengan ayahnya, 55 tahun, yang pekak.

Beliau mula mengambil kelas formal SgSL pada 2023 bagi memperhalusi pengetahuan kerana menurutnya, isyarat boleh berkembang dan berubah dengan pesat.

Berkongsi cabaran yang beliau hadapi dalam mempelajari SgSL, beliau berkata:

“Kosa kata bagi bahasa isyarat tidak begitu luas jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris.

“Ini kerana tujuan utama SgSL adalah untuk menyampaikan hasrat (perbualan) kepada pihak lain semata-mata.

“Lagipun isyarat berubah dengan pesat. Saya belajar daripada ibu dan bapa saya (sesuatu isyarat) yang diajar mungkin 20 tahun lalu tetapi isyarat tersebut mungkin telah berubah.

“Jadi saya perlu sentiasa kekalkan pengetahuan dengan isyarat terkini.”

Bahkan, beliau menyatakan SgSL adalah bahasa isyarat unik, memandangkan nahu dan struktur kata serupa susur kata Singlish.


Sebagai contoh, beliau menjelaskan: “Bahasa Melayu, kita guna ‘Adakah awak sudah makan’? Tetapi bahasa isyarat pula, ia ‘sudah makan’?”

Penyertaan secara formal dalam kursus, di samping daya usaha menyampaikan ilmu melalui akaun TikTok, dilakukannya kerana beliau ingin melakukan sesuatu untuk ibu bapanya.

“Saya lakukan ini kerana ibu bapa saya dan tanpa disuruh. Sejak pelajari bahasa isyarat dan mendalami SgSL melalui kelas formal, hubungan saya dengan bapa bertambah erat,” ujar Cik Nur Aida.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >