Sekitar 950,000 isi rumah Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan menerima rebat U-Save dan Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) pada Januari 2024.
Ia khusus untuk menangani kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), cukai karbon dan harga air.
Isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana akan mendapat dua kali ganda rebat biasa U-Save mereka, serta tambahan $20 untuk mengimbangi bil utiliti mereka, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada 29 Disember.
Pengagihan tambahan itu akan diberi setiap suku tahun dari Januari 2024 hingga Disember 2025 – berjumlah $160 sepanjang dua tahun.
Ia sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa pelancaran butiran Pakej Sokongan Kos Sara Hidup berjumlah $1.1 bilion pada September 2023.
MOF berkata secara purata, rebat U-Save bagi 2023 berjumlah sekitar lapan hingga 10 bulan bil utiliti bagi isi rumah yang tinggal di flat satu dan dua bilik.
Bagi flat HDB tiga dan empat bilik, rebat itu meliputi bil utiliti sekitar empat hingga enam bulan.
Pengagihan rebat U-Save pada Januari adalah pengagihan keempat dan terakhir untuk 2023.
MOF menambah bahawa isi rumah yang layak juga akan menerima rebat tambahan S&CC setengah bulan pada Januari.
Seawal usia 18 tahun, Rayyan Afiq Mohamed Azlin menubuhkan agensi pemasaran dengan dua rakan pempengaruh apabila memerhatikan adanya kelompangan dalam segmen pemasaran bagi Generasi Z.
Sebagai
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘periodt’ dan ‘side eye’.
Perkataan
Trend mekap Asoka – filem Bollywood pada 2001 yang menampilkan pelakon Kareena Kapoor – mengajak pengguna media sosial menari mengikut irama salah satu lagu filem itu, San Sanana,
Trend itu juga
Golongan Generasi Z membesar dalam persekitaran yang berkembang pesat dengan teknologi digital.
Justeru, mereka mahir menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk segalanya termasuk penyelidikan
Senang kata, acara karpet merah Met Gala tidak asing lagi dengan ulasan warganet yang negatif.
Digelar sebagai acara fesyen termasyhur sedunia, ia kian mempunyai kesan budaya yang begitu besar dalam
Bait-bait lirik lagu asal Ahmad Albar, Gadis Melayu, yang mempunyai dua versi susulan daripada biduan Singapura, Othman Hamzah dan legenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, ‘melekat’ di fikiran pada 11
Pembukaan lagu, Campak Bintang, ini saja cukup untuk menimbulkan semangat kewiraan penulis, seolah-olah satu undangan untuk menyelongkar seni kata lagu ini dengan lebih dekat.
Setulusnya, apabila
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Gigi palsu adalah pengganti bagi gigi asli yang tanggal dan menjejas tisu di sekelilingnya.
Peranti prostetik itu berfungsi sebagai penyelesaian praktikal bagi individu yang tanggal gigi disebabkan
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya

Ia juga mengumumkan bahawa tarif gas dan elektrik akan dinaikkan untuk tiga bulan akan datang berikutan cukai karbon lebih tinggi, kenaikan berjadual GST dan peningkatan kos tenaga.
GST akan meningkat daripada 8 kepada 9 peratus mulai 1 Januari.
Rebat U-Save akan dikreditkan terus ke dalam akaun utiliti isi rumah bersama SP Services, manakala rebat S&CC akan dikreditkan terus oleh majlis bandaran.
Isi rumah tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk meraih manfaat daripada skim ini.