Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu sesak pelancong: Gara-gara ‘selfie’ Gunung Fuji pun kena sekat

Apr 29, 2024 | 10:19 AM



TOKYO: Gara-gara ‘selfie’, pemandangan indah sebuah gunung popular di Jepun terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa di Jepun, akan membina hadangan besar berwarna hitam, untuk menutup pemandangan Gunung Fuji di satu tempat bergambar popular yang menghadapi isu kesesakan pelancong asing yang juga berkelakuan buruk.

Pembinaan jaring setinggi 2.5 meter dan sepanjang 20 meter, akan bermula seawal-awalnya pada minggu depan, kata seorang pegawai dari bandar Fujikawaguchiko pada 26 April.

Beliau berkata, pihaknya rasa menyesal perlu berbuat demikian “atas sebab beberapa pelancong yang tidak menghormati peraturan,” meninggalkan sampah sebarangan dan tidak peduli terhadap peraturan trafik, katanya kepada agensi berita AFP.


Ini merupakan tindakan terkini oleh Jepun bagi menyekat isu kesesakan pelancong selepas penduduk di satu daerah di Kyoto melarang pengunjung daripada memasuki lorong-lorong kecil swasta pada 2024.

Terdapat jumlah rekod tinggi, pelancong asing yang telah mengembara ke negara berkenaan, hingga pada Mac, ia mencatatkan bilangan pengunjung bulanan yang melebihi tiga juta orang buat julung-julung kalinya.

Orang ramai berupaya mengambil gambar pemandangan Gunung Fuji – gunung tertinggi di Jepun itu – dari beberapa sudut kawasan di sekitar bandar peranginan Fujikawaguchiko.

Namun kawasan itu, khususnya sangat popular kerana pemandangan gunung berapi itu muncul selaras di belakang sebuah kedai runcit Lawson, yang sering didapati di serata Jepun.

Oleh kerana terdapat dua elemen popular itu – gunung Fuji dan kedai runcit Lawson – yang turut berbeza dari segi pemandangannya, “ia telah membina reputasi yang disebar luas di media sosial, bahawa tempat ini memaparkan kebudayaan Jepun, lantas membuatnya sebuah lokasi popular untuk memetik gambar,” kata pegawai bandar itu yang enggan mendedahkan identitinya.

Kebanyakan pelancong bukan warga Jepun berhimpun di laluan pejalan kaki terletak di sebelah kedai Lawson itu, katanya.

Selepas papan nota trafik dipasang serta amaran daripada pengawal keselamatan yang diulang berkali-kali kepada mereka tidak diendahkan, pihak bandar wilayah Yamanashi memutuskan untuk memasang skrin jaring besar itu sebagai langkah terakhir.

Ia juga bermatlamat melindungi sebuah klinik doktor gigi daripada kesesakan pelancong yang berhimpun di situ.

Menurut pegawai tersebut, pelancong sering akan meletak kenderaan mereka di situ tanpa izin dan pernah dilaporkan memanjat ke atas bumbung klinik itu untuk mengambil gambar diri mereka bersama Gunung Fuji.

Sebenarnya, pihak berkuasa bandar itu berharap langkah terakhir itu tidak diambil, dan pegawai itu berkata, skrin jaring itu akan dipasang sehingga keadaan bertambah baik.

Pelancongan di Jepun telah meningkat sejak sekatan sempadan dari era pandemik telah dilonggarkan, dan pemerintah Jepun telah berusaha untuk meningkatkan bilangan pengunjung.

Namun ini tidak bermakna kesemua pihak bersetuju terhadap hakikat itu, termasuk Kyoto, yang mana orang umum telah memberi aduan terhadap pelancong yang sering mengganggu golongan penghibur wanita yang dikenali sebagai geisha, untuk bergambar dengan mereka. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >