Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Mahkamah Johor arah mangsa cedera jalan berlubang dibayar ganti rugi RM721,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahkamah Johor arah mangsa cedera jalan berlubang dibayar ganti rugi RM721,000

Apr 29, 2024 | 11:36 AM



KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 27 April memerintahkan sebuah syarikat penyelenggara jalan membayar ganti rugi RM721,000 ($205,867) kepada seorang lelaki yang cedera selepas merempuh jalan berlubang yang tidak diselenggara di Pasir Gudang, tiga tahun lalu.


Mangsa yang berusia 49 tahun itu dianugerahkan wang tersebut untuk ganti rugi dan kecederaan yang dialami selepas motosikalnya merempuh jalan berlubang berhampiran Taman Kota Masai pada 2021.

Hakim Sazlina Safie membuat keputusan itu selepas mendapati Encik Razali @ Mohd Leey Subeh selaku plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Safwa Global Venture (M), syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk menyelenggara jalan berkenaan.

Pada 11 Februari 2021, Encik Razali dalam perjalanan dari Taman Cendana ke Taman Kota Masai pada kira-kira 10 malam apabila terlanggar jalan berlubang di permukaan jalan berkenaan, mengakibatkan plaintif terjatuh dan cedera.

Beliau memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan dan kerajaan negeri sebagai responden pertama dan kedua, masing-masing atas kecederaan dan kerosakan yang dialaminya akibat kejadian itu.

Pada 16 Mei 2022, plaintif telah menarik balik saman terhadap responden kedua (kerajaan negeri), manakala defendan pertama gagal membawa mana-mana pihak ketiga ke dalam tuntutan mahkamah berkenaan.

Hakim Sazlina dalam keputusannya, berkata syarikat terbabit juga gagal memfailkan sebarang hujah bertulis atau lisan walaupun beberapa kali penangguhan, lapor Berita Harian Malaysia.


Beliau berkata plaintif berjaya membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian dan syarikat itu cuai sepenuhnya dalam kemalangan ini.

“Oleh itu, Mahkamah menganugerahkan plaintif RM352,947.33 untuk ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti rugi am,” katanya.

Susulan keputusan itu, syarikat penyelenggaraan tersebut akan memfailkan rayuan penghakiman berkenaan di Mahkamah Tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >