Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hanya AS boleh halang Israel serang Rafah: Presiden Penguasa Palestin

Apr 29, 2024 | 01:43 PM



RAMALLAH: Presiden Penguasa Palestin, Encik Mahmoud Abbas, berkata hanya Amerika Syarikat yang boleh menghalang Israel daripada menyerang bandar sempadan Rafah di Gaza, sambil menambah bahawa serangan itu boleh memaksa sebahagian besar penduduk Palestin untuk meninggalkan kawasan tersebut.


“Kami menyeru Amerika supaya mendesak Israel tidak meneruskan rancangan menyerang Rafah.

“Amerika adalah satu-satunya negara yang dapat menghalang Israel daripada melakukan jenayah ini,” kata Encik Abbas semasa mesyuarat khas Forum Ekonomi Dunia di Riyadh, ibu negara Arab Saudi, pada 28 April.

Israel, yang sejak berminggu-minggu lalu mengancam untuk melancarkan serangan habis-habisan ke atas bandar itu, menyatakan bahawa matlamatnya adalah untuk memusnahkan batalion Hamas yang berada di kawasan tersebut.

Ia telah meningkatkan serangan udara ke atas Rafah minggu lalu.

Negara Barat, termasuk sekutu terdekat Israel, Amerika, telah merayu agar Israel menahan diri daripada menyerang Rafah, bandar bersempadan dengan Mesir, yang menjadi tempat berlindung terakhir lebih sejuta rakyat Palestin sejak perang di Gaza memasuki bulan ketujuh itu.

Encik Abbas berkata “serangan kecil” Israel ke atas Rafah sudah cukup memaksa penduduk Palestin melarikan diri lagi tetapi tidak pasti tempat yang hendak dituju.

“Malapetaka terbesar dalam sejarah rakyat Palestin akan berlaku jika serangan diteruskan,” ujar beliau.

Encik Abbas mengulangi bahawa beliau menolak pemindahan penduduk Palestin ke Jordan dan Mesir.

Beliau bimbang apabila Israel menyelesaikan operasinya di Gaza, ia kemudian akan cuba memaksa penduduk Palestin keluar dari Tebing Barat yang didudukinya dan masuk ke Jordan.

Menurut wartawan Aljazeera di Ramallah, Encik Zein Basravi, kenyataan Encik Abbas itu penting kerana ia adalah kali pertama seorang pemimpin kanan dalam Penguasa Palestin membuat kenyataan sedemikian.


Namun beliau menambah bahawa rakyat Palestin mengharapkan lebih banyak daripada pemimpin mereka.

“Encik Abbas hanya menyuarakan perkara yang rakyat Palestin telah bangkitkan sejak enam bulan lalu,” katanya.

Reaksi terhadap kenyataan Encik Abbas di wilayah Palestin berkemungkinan mencerminkan tindak balas politik yang lebih luas.


“Orang-orang yang kita bercakap rata-rata menyatakan bahawa apa yang mereka lihat adalah ucapan daripada pemimpin mereka yang sudah terlambat dan terlalu lemah,” jelas Encik Basravi.


Israel melancarkan serangan balas dan berterusan ke atas Gaza selepas Hamas melancarkan serangan mengejut ke atas selatan Israel pada 7 Oktober, membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.


Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, lebih 34,400 rakyat Palestin terbunuh sejak serangan Israel itu.


Tindakan Israel itu juga menyebabkan para penduduk dilanda masalah kekurangan makanan dan hanya bergantung kepada bantuan kemanusiaan untuk meneruskan kehidupan.


Dalam pada itu, serangan udara Israel ke atas tiga buah rumah di Rafah telah membunuh 13 orang dan mencederakan ramai yang lain, kata pegawai perubatan pada 29 April.

Di Bandar Gaza, di utara jaluran itu, pesawat Israel mengebom dua buah rumah, membunuh dan mencederakan beberapa orang, kata pegawai kesihatan.

Serangan ke atas Rafah itu berlaku beberapa jam sebelum Mesir dijangka menjadi tuan rumah kepada rundingan gencatan terbaru di Gaza.

Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, dengan Rumah Putih pada 28 April.

Kededua pemimpin itu telah menyemak rundingan itu untuk memastikan pembebasan tebusan yang ditahan sejak serangan 7 Oktober dan memastikan gencatan senjata serta-merta di Gaza.

Katanya, mereka juga membincangkan peningkatan kadar penghantaran bantuan, termasuk persediaan untuk membuka lintasan baru ke Gaza.

“Presiden juga menekankan keperluan untuk langkah ini dikekalkan dan dipertingkatkan melalui penyelarasan penuh dengan pertubuhan kemanusiaan,” kata kenyataan itu.

Rumah Putih menambah bahawa Encik Biden turut “mengulangi pendiriannya yang jelas” mengenai kemungkinan serangan Israel ke atas Rafah.

Pada masa yang sama, Jabatan Negara Amerika berkata Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, akan mengadakan lawatan ke Jordan dan Israel selepas melawat Arab Saudi untuk membincangkan usaha ke arah gencatan senjata dan pembebasan tebusan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >