Betapa benar katamu, Maulana
manusia tak pernah rasa kepuasan
dengan cinta kepuasan terpenuhkan
bersama kesungguhan
bagai air, untuk panas perlu perantara
seperti periuk dan api.
Katamu cinta adalah api berkobar
pencinta adalah bulan kemilau di antara bintang-bintang
cinta dan kelembutan sifat insan
nafsu dan angkara sifat hewan.
Dengan cinta, berubah pahit jadi manis
dengan cinta, berubah tembaga jadi emas
dengan cinta, berubah ampas jadi sari murni
dengan cinta, berubah pedih jadi ubat
dengan cinta, berubah kematian jadi kehidupan
dengan cinta, berubah raja jadi hamba.
Kauberi cinta Yusuf dan Zulaikha
dan cinta Majnun dan Laila
bersama Musa, Maryam dan Ya’kub
bahkan al-Hallaj termaktub
itu peribadi-peribadi
diliput cinta Ilahi
puncak dari segala
rasa dan kehidupan cinta.
Tepat sungguh imbauanmu
semua yang dicinta, cantik di mataku
tak semua yang cantik itu
dicinta di hatiku
berapa ramai lebih cantik dari Laila
mengapa kepadanya Majnun tak mendua
Majnun berkata
cintaku kepada Laila bukan bentuk luarnya
bentuk luar bukanlah dia.
Katanya menghindar keliru
cinta laksana cangkir dalam genggamanku
darinya kuteguk anggur itu
apa guna
kumilik cangkir bertatah emas permata
jika di dalamnya
kuminum cuma cuka
lezatnya anggur jika kaufaham
terbina hasrat rindu mendalam
kuraih dia kerana itulah cinta
yang kulihat tidak saja bentuk luarnya
bahkan di setiap wujud dan tempatnya berada.
Fikiran tak mampu menafsir cinta
cinta sendiri penghurai maknanya
tak mentari menerangkan dirinyanya sendiri
kenali Dia di sana seluruhnya terbukti.
Bagimu, Tuhan bak mentari benderang
sumber pancaran segala gemilang
tanpanya bintang-bintang sendirian
tinggal gelap tak bergemerlapan.
Seawal usia 18 tahun, Rayyan Afiq Mohamed Azlin menubuhkan agensi pemasaran dengan dua rakan pempengaruh apabila memerhatikan adanya kelompangan dalam segmen pemasaran bagi Generasi Z.
Sebagai
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘periodt’ dan ‘side eye’.
Perkataan
Trend mekap Asoka – filem Bollywood pada 2001 yang menampilkan pelakon Kareena Kapoor – mengajak pengguna media sosial menari mengikut irama salah satu lagu filem itu, San Sanana,
Trend itu juga
Golongan Generasi Z membesar dalam persekitaran yang berkembang pesat dengan teknologi digital.
Justeru, mereka mahir menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk segalanya termasuk penyelidikan
Senang kata, acara karpet merah Met Gala tidak asing lagi dengan ulasan warganet yang negatif.
Digelar sebagai acara fesyen termasyhur sedunia, ia kian mempunyai kesan budaya yang begitu besar dalam
Bait-bait lirik lagu asal Ahmad Albar, Gadis Melayu, yang mempunyai dua versi susulan daripada biduan Singapura, Othman Hamzah dan legenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, ‘melekat’ di fikiran pada 11
Pembukaan lagu, Campak Bintang, ini saja cukup untuk menimbulkan semangat kewiraan penulis, seolah-olah satu undangan untuk menyelongkar seni kata lagu ini dengan lebih dekat.
Setulusnya, apabila
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Gigi palsu adalah pengganti bagi gigi asli yang tanggal dan menjejas tisu di sekelilingnya.
Peranti prostetik itu berfungsi sebagai penyelesaian praktikal bagi individu yang tanggal gigi disebabkan
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya

Cinta adalah penyembuh
cinta adalah kekuatan
cinta adalah penggerak ajaib perubahan
cinta adalah cermin keindahan Tuhan.
Mencinta adalah meraih Tuhan.
Maka belajarlah aku makna cinta
terima kasih, Maulana
kini aku jadi lebih mengerti
lebih betah, lebih sedia untuknya kualami.
MAAROF SALLEH